Monday, June 15, 2009

Yb.Ir Nizar di halau..keluar dewan..


Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diarah keluar dari Dewan Rakyat tidak sampai lima minit mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen kerana ingkar arahan Speaker supaya menanggalkan lilitan 'Bubar DUN Perak'.

Ekoran dari tindakan DS.Nizar melaungkan kalimat 'Hidup Rakyat' dan 'Bubar Dun' serta memakai lilitan BubarDun membawa kepada tindakan Speaker menghalau keluar dari dewan hampir 10 orang Ahli Parlimen.

Antaranya YB.Nga Kor Ming, Dato'Ngeh Kor Ham, YB.Gobalakrishnen, Dr.Hatta Ramli, Dr.Zulkifli, YB.Nurul Izzah dan beberapa orang lain.

BERITA SEBELUM

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengangkat sumpah secara rasmi sebagai anggota Dewan Rakyat pada persidangan yang bermula hari ini setelah memenangi kerusi tersebut 7 April lalu.

Upacara angkat sumpah jawatan beliau dihadapan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan menjadi agenda pertama sesi sidang Parlimen yang bermula pukul 10.00 pagi.

Setelah selesai mengangkat sumpah dan menandatangani surat acara jawatan lalu DS.Nizar melaungkan 'Hidup Rakyat' dan 'Bubar Dun' sehingga Dewan kecoh selama hampir setengah jam.

Selepas itu DS.Nizar memakai lilitan kepala di songkoknya bertulis Bubar Dun diikuti oleh kebanyakan ADUN Pakatan Rakyat yang lain.

0 komen:

Template by - Abdul Munir