Sunday, June 28, 2009

Mahu RM300? Jangan undi di Manek Urai

Tawaran RM300 kepada penduduk Manek Urai sahaja. Tidak usah pulang membuang undi pada pilihanraya kecil 14 Julai ini jika mahu ganjaran tersebut, lapor akhbar web PAS hari ini.

Memetik kenyataan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman, Harakahdaily melaporkan wang itu sebagai habuan untuk menggalakkan pemilih memulaukan proses pembuangan undi.

bm version kerusi dun manek urai 220509"Saya diberitahu agen-agen Umno bergerak mencari pengundi yang tinggal di luar cuba mempengaruhi pengundi terbabit supaya tidak pulang mengundi dengan membuat pelbagai tawaran," katanya.

"Antaranya menawarkan wang tunai sebanyak RM300 dengan syarat tidak pulang mengundi."

Menurut akhbar web itu lagi, Umno kini berhempas pulas merancang pelbagai strategi bagi memastikan kerusi DUN tersebut, kawasan kubu kuat PAS, terlepas ke tangannya.

PAS malam tadi mengumumkan seorang usahawan perniagaan ikan, yang juga bendahari parti itu kawasan Kuala Krai, Fauzi Abdullah sebagai calon dalam pilihanraya kecil yang bermula 6 Julai ini.

Pilihanraya itu dipanggil susulan kematian penyandangnya Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu.

Wakil rakyat PAS ini menguasai kerusi tersebut selama lima penggal kecuali antara 2004 hingga 2008 apabila beliau tidak bertanding di situ.

BN akan mengumumkan calonnya, seawal-awalnya esok.

Saturday, June 27, 2009

Kemenangan Manek Urai, wajib dipertahankan - Presiden PAS

MANEK URAI LAMA, 27 Jun - Pilihanraya lalu Barisan Nasional (BN) menghadapi kejatuhan merundum dalam memenangi kepercayaan rakyat Malaysia setelah Pakatan Rakyat menguasai kebanyakan pilihanraya kecil yang diadakan sejak Mei tahun lalu.


Kemenangan berturut-turut Pakatan Rakyat di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Penanti awal bulan lepas akan disusuli kemenangannya di Manek Urai 14 Julai nanti.


Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam ucapannya di majlis pengisytiharaan calon PAS malam tadi menegaskan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai wajib dipertahankan.


"Pada tahun 1978, PAS dihentam secara habis-habisan oleh BN dengan cara yang zalim, sehingga mereka (BN/Umno) mengisytiharkan darurat dan pilihanraya pada ketika itu nyata berat sebelah," ujarnya.


Mengimbas sejarah pahit PAS yang pernah berkerjasama bersama dengan Umno pada tahun 1978 itu, beliau mengharapkan sejarah itu akan sentiasa diingati seluruh ahli PAS secara langsung akan menolak Umno/BN.


"PAS ketika itu hanya mampu memenangi dua buah kerusi dan salah satu kerusi yang di menangi adalah Manek Urai, maka wajarlah untuk wajib kita pertahankan manek Urai ini," tambah beliau.


Sehubungan itu, beliau menyeru khususnya kepada penduduk tempatan untuk mempertahankan Manek Urai bagi meneruskan kepimpinan ulamak yang diterajui Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Fauzi Abdullah, calon pilihan rakyat



MANEK URAI LAMA, 27 Jun - Teka teki siapakah calon PAS di Manek Urai akhirnya terjawab sudah. Pengumuan tersebut disempurnakan Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz tepat jam 11.30 malam tadi, dekat sini.


Pengumuman yang menamakan Bendahari PAS kawasan Kuala Krai, Fauzi Haji Abdullah itu disambut dengan perasaan penuh yakin oleh hadirin bahawa kemenangan akan berpihak kepada PAS pada pilihanraya 14 julai nanti.

Menurut pihak urusetia penerangan, Fauzi yang menjadi calon pilihan PAS itu merupakan calon pilihan rakyat tempatan, malah beliau dikatakan mendapat kepercayaan tinggi dari penduduk tempatan untuk menggalas jawatan yang ditinggalkan Paksu Wei itu.



Malah, penduduk tempatan yang ditemui semuanya mengiakan kenyataan tersebut, "sememangnya calon kali ini calon pilihan dan tak patut kalah," ujar Ismail, 54 yang merupakan anak jati tempatan.


"Seperti yang dijangkakan, sememangnya nama Fauzi yang akan diumumkan malam ini," tambah sekumpulan pengundi muda ketika ditemui akhir majlis tersebut.

Majlis pengisytiharaan di padang sekolah yang berhadapan markaz Unit Peti Undi (UPU) Manek Urai Lama itu dipenuhi kira-kira 40 ribu orang yang rata-ratanya penduduk tempatan.


Majlis yang dipengerusikan Ustaz Baihaqi Atiqullah itu turut di hadiri pimpinan PAS Pusat, pimpinan PAS Kelantan, Exco-exco Kerajaan Negeri Kelantan, ahli-ahli parlimen PAS, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution.

Thursday, June 25, 2009

Tolong Ingatkan Saya!!!

Tolong ingatkan saya,
Andai saya terlupakan tuhan,
Dalam kelapangan dan kesibukan,
Dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan saya,
Jangan jadi anak derhaka,
Mak ayah dilupakan jangan,
Usah diluka hati dan perasaan.

Tolong ingatkan saya,
Dengarlan dan bacalah Al-Quran,
Tika radio penuh hiburan,
Tika tv penuh Hindustan.

Tolong ingatkan saya,
Di mana silamnya zahirku,
Jika aurat didedahkan disingkat,
Diketat dan dijarangkan.

Tolong ingatkan saya,
Jadilah sahabat yang baik,
Sentiasa memberi peringatan,
Sentiasa menerima teguran.

Tolong ingatkan saya,
Kalau bercinta biarlah keranaNya,
Dalam memilih utamakan iman,
Kelak ikatan dihindari syaitan.

Tolong ingatkan saya,
Hidup ini satu kembara,
Kutiplah mutiara dalam perjalanan,
Moga di sana menjadi bekalan.

Tolong ingatkan saya,
Diri ini milik Yang Kuasa kepadaNya,
Jiwa diserahkan segala-segala,
Dialah tumpuan.

Rejab : Pengertian, Peristiwa Penting & Amalan

Pengertian

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.


Peristiwa Penting


1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.

http://www.ezsoftech.com/ramadan/i/baitul_muqaddas.jpg


4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.



Amalan


Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.

Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah.

Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter).

Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya'ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya.

Hapus segera PPSMI - Pemuda PAS

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat, mendesak kerajaan menghapuskan terus Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Ketuanya, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, ini kerana kerajaan akan mengumumkan keputusan menyeluruh berhubung kontroversi pelaksanaan dasar PPSMI awal Julai ini.

"Sebagaimana didedahkan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parlimen baru-baru ini akan membuat pengumumannya dan ini adalah jaminan yang konkrit pernah disampaikan kerajaan," ujar dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Pada 23 Jun lalu, Muhyiddin semasa menjawab soalan dari ahli parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw dalam sidang parlimen, berkata kerajaan akan mengumumkan keputusan dasar PPSMI pawa awal Julai ini.

Menurut Nasrudin, makin banyak pihak yang pertikai PPSMI sejak diperkenalkan pada 2003 lepas.

Ini katanya, termasuk perarakan besar-besaran yang diketuai Sasterawan Negara, A Samad Said ke Istana Negara bagi penyerahan memorandum kepada Yang diPertuan Agong pada 7 Mac lalu.

"Banyak bukti-bukti yang dikemukakan dan kajian yang dilakukan pejuang bahwasa yang mendapati dasar PPSMI memberi kesan negatif kepada para pelajar khususnya di kawasan pedalaman," katanya.

Disebabkan itu katanya, Pemuda PAS menggesa kerajaan menghapus segera tanpa terus membuat kajian dan penyelidikan kerana terbukti merosakkan sistem pembelajaran kebangsaan serta menolak kedaulatan Bahasa Malaysia sebagai bahawa kebangsaan.

Calon Manek Urai: Ada pemimpin Umno sudah kecewa


KUALA KRAI, 25 Jun (Hrkh) - Biar pun PAS akan mengumumkan nama calon bagi mempertahankan Dun Manek Urai malam esok, namun Umno masih lagi berteka teki.

Keadaan nampak bercelaru apabila Dato' Seri Najib Razak seakan-akan belum pasti bila calon Umno akan diumumkan.

Perdana Menteri sekadar menyebut hari Ahad ini, namun ia tidak lebih sebagai satu kemungkinan sahaja.

Presiden Umno juga seperti berlepas tangan apabila pengumuman calon tersebut hanya diwakilkan kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini memperlihatkan Umno tidak yakin untuk membawa cabaran di Dun Manek Urai, biarpun menguar-uarkan mampu merampas Dun terbabit.

Di tengah-tengah kekalutan itu pula kedengaran nada kecewa diluahkan beberapa pemimpin Umno kerana mereka seperti dipinggirkan.

Antaranya, bekas Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Zulkefli Omar yang juga bekas Adun Manek Urai pada penggal lalu.

Difahamkan beliau tidak lagi turun berkempen sebagaimana sebelum ini memandangkan namanya telah dicicirkan Umno Kelantan.

Sedangkan beliau dikatakan sudah lama keluar masuk kampung sebaik sahaja mendengar berita Haji Ismail Yaakob (Paksu Wil) terlantar sakit.

"Zuki datang menemui penduduk di banyak tempat termasuk di Kampung Budi, Chuchuh Puteri, Sungai Sok dan Manek Urai Lama. Beliau datang ke rumah penyokong Umno di kampung terbabit.

"Bekas Adun itu juga pernah ditemui di kedai kopi di Budi ketka mengadakan pertemuan dengan penyokong Umno di situ. Tetapi sehari dua ini beliau tidak kelihatan lagi," kata seorang penduduk di Manek Urai Lama.

Nama Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Zuki di kalangan masyarakat dikatakan sudah tercicir, biar pun ada pengalaman untuk mewakili Umno pada pilihan raya kecil Dun berkenaan.

Manakala di Laloh di kalangan penyokong Ketua Wanita Umno Kuala Krai, Rohani Abdul Majid juga sudah kedengaran rasa kecewa apabila nama Kak Ani dicicirkan dari awal lagi.

Seorang penduduk memberitahu kemungkinan besar penyokong Kak Ani tidak akan bekerja membantu kempen Umno pada pilihan raya itu kerana Perhubungan Umno Kelantan mengenepikan Kak Ani.

Sedangkan katanya, Kak Ani seorang pemimpin tempatan yang mempunyai pengalaman luas di Manek Urai memandangkan terbabit dengan Umno sejak muda lagi.

"Kami sungguh kecewa dengan tindakan pihak atasan yang mengenepikan suara akar umbi kerana semata-mata mahu memberi laluan kepada pihak lain bertanding," kata seorang penyokongnya.

Situasi yang sama juga dikatakan berlaku di Manek Urai Lama, tempat Kak Ani tinggal.

Penyokong dan keluarganya dikatakan tidak lagi agresif berkempen.

Seorang penduduk memberitahu Umno Kelantan hanya mahu memberi peluang kepada bukan anak tempatan bertanding di Manek Urai seperti berlaku pada 2004 apabila Zuki yang tinggal di Kuala Krai bertanding di Dun berkenaan.

Katanya, anak tempatan di Manek Urai diketepikan begitu sahaja, sedangkan mereka juga sudah lama bergiat dalam parti dan mempunyai pengaruh di kampung tersebut.

Antaranya pemimpin bukan tempatan yang cuba diketengahkan di Manek Urai iaitu Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat dan bekas Adun Mengkebang, Azizuddin Hussien.

Manakala anak tempatan yang difahamkan mendapat sokongan padu Ketua Bahagian Kuala Krai, Dato' Ramzi Abdul Rahman iaitu naib ketua bahagian, Che Jalal Muda.

Beliau tinggal berhampiran Pejabat Perhutanan di Manek Urai Baru.

Namun beliau difahamkan kurang menjadi pilihan kepada Perhubungan Umno Negeri yang lebih cenderong kepada Tuan Aziz, yang kini berkhidmat sebagai pegawai Kesedar.

Tuan Aziz menjadi pilihan memandangkan Che Jalal mempunyai hubungan rapat dengan Ramzi yang pernah menjadi orang harapan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sementara itu, PAS akan mengumumkan nama calon malam esok bertempat di Markas Kampung Manek Urai Lama pada majlis ceramah yang diadakan.

Ketua Penerangan PAS Kuala Krai, Arifabillah Ibrahim berkata, pengumuman nama calon yang dilakukan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, hadir sama pada program itu Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Pengarah Pilihan Raya KeADIlan, Saifuddin Nasution.

"Program tersebut dijangka mendapat sambutan ramai di kalangan penduduk tempatan kerana mereka mahu melihat dari dekat wajah pemimpin yang akan menggantikan Paksu Wil," katanya.

Kesesakan lalu lintas dijangka teruk berlaku petang esok sehingga berakhir ceramah memandangkan laluan ke kampung tersebut hanya melalui sebuah jambatan sempit yang merentangi Sungai Lebir.

Selain itu jalan di Manek Urai lama juga agak sempit agak sukar untuk menerima limpahan kenderaan. Apa yang pasti itulah sebahagian kemeriahan pilihan raya.

Mufti Perak kurang terdedah sejarah politik Islam - Nik Aziz


KOTA BHARU, 25 Jun (Hrkh) - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dianggap tidak terdedah dengan sejarah politik Islam sehingga menganggap PAS sebagai punca perbalahan orang Melayu di negara ini.

"Kalau betullah PAS menjadi punca balah, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah.

"Ini kerana PAS meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw. Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca belah. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS itu bertanya sekarang siapa punca berpecah belah, parti Islam atau parti kebangsaan yang berteraskan sekular.

Menurutnya, orang Islam kena tengok semula sejarah, adakah Nabi Muhammad saw menjadi punca perbalahan masyarakat ketika itu atau orang yang melawan ajaran dibawanya.

"Kalaulah Nabi Muhammad saw menjadi punca balah, maka apa yang dikatakan Mufti Perak itu betullah.

"Sedangkan baginda berbalah dengan bapa saudara dan masyarakat Arab bagi menegakkan Islam. Jadi siapa yang menjadi punca balah," katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini menyiarkan kenyataan Mufti Perak yang dianggap kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan bagi menegakkan ideologi politik mereka.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Menteri Besar Kelantan berkata, PAS ditubuh di Pulau Pinang oleh alim ulama yang asal berada dalam Umno.

Namun katanya mereka keluar daripada Umno dan menubuh sebuah parti Islam pada 1951.

Beliau juga berkata, Umno ialah United Malay National Organization yang memperlihatkan parti itu berjuang berteraskan kaum.

"Jadi mengapa dia sibuk dengan kita, sedangkan dia parti Melayu. Pelawalah orang Melayu seramai yang boleh kerana mereka parti orang Melayu.

"Tetapi sekarang mengapa pula orang Melayu sudah ramai yang lari daripada Umno. Orang Melayu sudah lari kepada PAS, KeADILan dan DAP," tambahnya.

Menurutnya juga Umno selama ini secara jelas menyebut agama lain dan politik lain dalam perjuangan mereka.

Sedangkan beliau berkata, Islam meminta manusia berpadu sama ada dengan orang Melayu, Cina dan India.

"Kalau perpaduan sebenar biarlah semua kaum dalam BN dan Pakatan Rakyat berpadu," katanya.

Oleh itu beliau meminta supaya mufti terbabit supaya lebih baik menggunakan masa yang berharga untuk mempengaruhi Umno supaya tukar dasar kebangsaan kepada Islam.

"Berapa sen harga kaum Melayu atau bangsa Arab di Padang Mahsyar kelak. Dalam keadaan PAS masuk Perikatan dahulu lalu dengan dijemput pun PAS ditendang keluar.

"Inikan pula kita yang cuba sorong-sorong kepala. Sebab itu saya tengok sehari dua ini Umno macam orang gila talak pula," katanya.

Sebelum ini ketika mengadakan pertemuan dengan warga pendidik di Kuala Krai, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut perpaduan hanya diminati antara PAS dan Umno sahaja dan bukan melibatkan parti lain.

Umno kecundang, pimpinan PAS lebih pintar - Anwar


KUALA LUMPUR, 25 Jun (Hrkh) - "Umno kecundang lagi. Kali ini mereka tumbang dalam isu kerajaan perpaduan."

Menurut Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, strategi yang cuba dipasang oleh Umno tidak menjadi sebaliknya mereka kecundang.

"Umno kecundang lagi dalam isu kerajaan perpaduan. Strategi mereka untuk meretakkan hubungan Pakatan Rakyat berkecai,"jelasnya dalam satu catatan di blog peribadinya.

Menurutnya, sambutan pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat terhadap kenyataan bersama amat positif sekali.

"Alhamdulillah, sambutan pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat terhadap kenyataan bersama amat positif sekali. Saya berulangkali menegaskan bahawa permasalahan yang sengaja digembar-gemburkan di media Umno dapat dileraikan seandainya pimpinan bersama menanganinya secara bijak,"ulasnya.

Tambahnya, pimpinan PAS ternyata lebih pintar dan pastinya berpaut kepada prinsip perjuangan seperti, 'istiqamah' yang disebut oleh Tuan Guru Nik Aziz dan memperkukuh institusi kenegaraan seperti "membanteras rasuah, memperbaiki badan kehakiman serta Suruhanjaya Pilihan Raya yang bebas dan adil" yang diucapkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi.

Selain itu, beliau turut menghargai peranan yang dimainkan oleh pimpinan tertinggi DAP seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan pimpinan KeADILan, Dr Syed Husin Ali,Azmin Ali dan Saifuddin Nasution dalam isu kerajaan perpaduan.

"Kocakan kecil ini malah lebih mematangkan dan memantapkan Pakatan Rakyat,"tegasnya.

SP:Btul dah!!!...nk banding ngan najib......dok orok cetong...najib bkn pm malaysia..tapi pm mongolia!!

Kempen video burukkan isteri PM

Lebih kurang dua bulan menjadi wanita pertama negara, Rosmah Mansor kini menjadi sasaran kempen negatif dengan tuduhan-tuduhan berat dan label liar "perempuan puaka" di internet.

Walaupun bukan kali pertama beliau diburuk-burukkan tetapi kali ini ia disediakan dengan lebih tersusun dalam bentuk siri dokumentari pendek.

you tube videos of rosmah mansor slur campaign 250609Ia diolah dalam bentuk wawancara dengan beberapa individu yang didakwa ahli-ahli keluarga terdekat Rosmah dan kenalan dekatnya di kampungnya Gedong Lalang di Negeri Sembilan.

Adik lelaki Rosmah, ibu saudaranya dan sepupu lelakinya ditemubual di dalam rumah, selain satu babak menunjukkan sebuah rumah buruk yang didakwa kediaman asal ibu bapanya.

Tiga klip video tersebut yang mendakwa isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah melupakan asal-usulnya pertama kali diterbitkan 9 Jun lalu dan cepat disebarkan oleh beberapa blog setelah diumumkan di Malaysia Today.

Blog yang dikendalikan oleh Raja Petra Kamaruddin – yang mula-mula mengaitkan Rosmah dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibu yang kini menjadi kes mahkamah – mendakwa, video itu dirakam secara eksklusif untuk lamannya.

Siri kedua dan tiga klip video terbitkan "C4 Production House" selama 10 minit itu dimuatkan di Youtube.com masing-masing pada 11 Jun dan 15 Jun lalu.

Ketiga-tiga siri video tersebut kini ditonton lebih 200,000 kali – 154,890 untuk bahagian pertama, 86,273 bahagian kedua dan 51,299 untuk bahagian ketiga – dan mendapat perhatian besar di internet.

Menurut tinjauan melalui enjin pencarian terkemuka Google, ia dimuatkan kembali ke laman-laman web lain, termasuk di blog Pemuda PAS Wangsa Maju, Angkatan Muda PKR bahagian-bahagian Gelang Patah dan Kota Raja, serta laman web popular Tranungkite.net.

Penyebaran video itu juga mengundang reaksi balas laman web pro-Umno, antaranya Malaysia Instinct dan Isuhot Dot Com.

malaysia instinct dot com rosmah mansor video conspiracy 250609Semalam Malaysia Instinct mendakwa ia cuba bersungguh-sungguh menghubungi pihak yang ditemubual dalam video tersebut bagi mengesahkan kebenaran dakwaan itu tetapi gagal.

"Setiap kali kumpulan kami ke lokasi yang dinyatakan dalam video itu, demi mewawancara mereka yang menuduh, kami tidak mendapat sebarang respon positif," laporannya dipetik.

Namun, tambahnya, seorang anak balu wakil rakyat yang ditemubual kini bekerja dengan Jabatan Perdana Menteri dan berharap pegawai wanita boleh mendedahkan "siapa dan apa matlamat penerbitan video berkenaan."

Laman web itu juga mendakwa ia menerima emel yang membongkar latar belakang balu tersebut tetapi ia tidak mendedahkan siapa di belakang "C4 Production House".

Menepis dakwaan dalam video tersebut, Isuhot Dot Com pula berkata, Rosmah tidak pulang ke kampung halamannya kerana tiada lagi saudaranya tinggal di situ.

Ia mempertikaikan dakwaan-dakwaan yang dikatakan "tidak mempunyai bukti" dan "tuduhan yang tidak relevan dengan politik negara".

"Apa relevan dan kena-mengena dakwaan kononnya Datin Seri Rosmah percaya kepada dukun, tahyul dan pawang? Sudahlah tidak boleh membuktikan sama ada melalui rakaman kamera mahupun gambar, malah isu ini langsung tidak membabitkan isu politik," satu artikelnya 'Siapa Puaka Sebenar' dipetik.

"Apakah tujuan tuduhan ini dibuat? Ia hanyalah serangan berbentuk peribadi yang menggambarkan politik orang Melayu sudah berada dalam keadaan nazak.

rosmah mansur and lee kuan yew 160609"Mereka bercakap memperjuangkan agama tetapi mereka tidak pernah takut kepada Allah.

"Sungguh aneh pembuat dokumentari tersebut boleh berpura-pura terkejut dan beberapa kali menyebut nama Allah ketika merakamkan wawancara memburukkan orang," coret Isuhot Dot Com pada 17 Jun lalu.

Rosmah kini menarik perhatian kerana berbeza dengan bekas wanita-wanita pertama negara, beliau sering mendapat liputan media berhubung kerja-kerja sosialnya.

Antaranya, apabila beliau dikunjungi menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yew pada 10 Jun yang disifatkan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina di negara ini sebagai sesuatu yang "pelik".

SP:Padan muka mg!!!...sbb mg jahat ngat ekpon.....!!!!

Pro-Idris pertikai rombakan Hisham

Kumpulan bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh tidak menerima rombakan kepimpinan Umno negeri yang diputuskan hujung minggu lalu kerana ia "berat sebelah".

ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata, rombakan itu mengutamakan orang Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

Katanya, rombakan tersebut - bawah kepemimpin pengerusi baru perhubungan negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein - tidak menunjukkan Umno mahukan perpaduan.

"Mereka lebih memilih orang penyokong Datuk Ahmad, manakala orang Datuk Idris seorang sahaja," katanya.

Katanya lagi, ketua bahagian Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Awang dan timbalan ketua bahagian Kemaman, Datuk Ahmad Shabery Cheek merupakan kumpulan penyokong Ahmad.

Hanya timbalan ketua bahagian Kuala Nerus, Datuk Abdul Rahin Said daripada kumpulan Idris, ADUN Jertih dan ketua bahagian Besut.

Tengku Putera dilantik sebagai setiausaha, Ahmad Shabery ketua penerangan dan Abdul Rahin pula bendahari.

Tengku Putera menggantikan ketua Umno Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan, Ahmad Shabery (Datuk Zuber Embong) dan Abdul Rahin (Datuk Roslan Awang Chik).

Umno Terengganu terus-menerus berdepan kemelut sejak Ahmad menggantikan Idris, Mac tahun lalu, apabila sebahagian besar ADUN tidak menyokong kempimpinan Ahmad.

Sementara itu, seorang pegawai kerajaan negeri yang rapat dengan Ahmad mempertikaikan kenapa isu rombakan terus dibangkitkan.

"Setahu saya Datuk Seri Idris telah menyatakan persetujuan siapa sahaja yang mahu dilantik oleh Datuk Seri Hishammuddin," katanya, yang enggan mendedahkan identitinya.

"Adakah Datuk Seri Idris yang meminta penyokongnya menimbulkan isu ini?"

SP:Baloh ar sokmo!!!...smpai next election....bguz gok......tengok election nanti...

Wednesday, June 24, 2009

Perbicaraan Kes Liwat Ditangguh Ke 8 Julai

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditetapkan pada 1 Julai ini ditangguh kepada 8 Julai untuk mahkamah mendengar dua permohonan beliau. Permohonan itu ialah untuk mendapatkan dokumen berkaitan kes berkenaan dan untuk membatalkan pertuduhan terhadap beliau.

sumber dipetik daripada http://farizmusa.blogspot.com/

Tidak ada lagi bincang kerajaan perpaduan - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.

ImageTurut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.

Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, akatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.

Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno-BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.

ImageMenyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.

Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.

Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya.

Tuesday, June 23, 2009

Bumbung stadium:Mampat syor tubuh badan bebas















KUALA TERENGGANU, 23 Jun (Hrkh)
- Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) mensyorkan agar satu badan bebas ditubuhkan oleh kerajaan bagi menyiasat punca keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu.

Ini kerana, Jabatan Kerja Raya (JKR) merupakan pihak yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap projek pembinaan stadium berkenaan.

Pengerusinya, Mohamad Fauzi Abu Samah melahirkan rasa ragu jika siasatan kes tersebut hanya dilakukan oleh pihak JKR sendiri.

"JKR adalah pihak yang sepatutnya bertanggungjawab penuh terhadap projek itu (Stadium) kerana ianya adalah projek di bawah selenggaraan JKR.

"Mampat ragui sekiranya, siasatan dijalankan oleh JKR sendiri kerana merasakan siasatan itu tidak ada ketelusan dan akan dipertikaikan banyak pihak," jelasnya pada siding media di Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai, dekat sini, semalam.

Ini penting, katanya penubuhan badan siasatan bebas bagi memastikan ketelusan serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap jentera kerajaan tersebut.

Beliau mendakwa Pengarah JKR negeri sendiri hanya dilantik sebagai 'Site Officer' (SO) serta tidak ada wakil SO lain yang dilantik sebagaimana kebiasaannya.

"Pengawasan projek stadium itu adalah di bawah Pengarah JKR negeri dan kebiasaan JKR akan menlantik SO. Dalam kes ini (stadium), Pengarah JKR sendiri yang jadi SO dan tidak ada wakil SO lain yang dilantik," ujarnya.

Justeru itu, pihak Mampat memohon agar JKR menyerahkan carta organisasi pengawasan dan pengurusan yang lengkap dengan bidang kuasa yang dibenarkan.

Katanya, Mampat juga melahirkan rasa dukacita kerana pihak JKR dilihat tidak teliti serta profesional dalam pemilihan kontraktor pakar.

Menurutnya, pihak JKR telah menyerahkan kerja-kerja pemasangan bumbung kepada 'kontraktor utama' yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.

"Kami (Mampat) menggesa pihak JKR untuk menjelaskan kenapakah kerja-kerja pembinaan dan pemasangan bumbung canggih itu (stadium) diberi terus kepada kontraktor utama," soalnya.

Berikutan itu, katanya pihak Mampat bersetuju serta menyokong penuh cadangan awal Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said yang mahu menubuhkan satu badan bebas bagi menyiasat punca terjadinya runtuhan tersebut.

Mampat turut mengesa agar badan-badan berkaitan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telus menjalankan siasatannya.

Hadir sama pada sidang media itu, Timbalan dan Setiausahanya, Tengku Ahmad Tengku Husain dan Muhammad Zaidan Abdullah

Khairy: Jangan jadikan pelajar bahan ujian PPSMI

Pemuda Umno tidak mahu para pelajar dijadikan bahan ujian dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang menurutnya, jelas mempunyai pelbagai kelemahan yang ketara.

"Sekiranya Kerajaan yakin dengan beberapa kajian yang telah dibuat, maka buatlah keputusan demi kebaikan masa depan anak bangsa kita," kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin dalam blognya hari ini.

Sehubungan itu, katanya, pergerakan itu menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran bahawa keputusan akhir mengenai dasar ini akan diumumkan awal bulan depan.

khairy jamaluddin interview 230209 12Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau berkata, Muhyiddin juga mengakui bahawa setakat ini, pencapaian dasar tersebut - yang dimulakan sejak 2003 - adalah nominal,
yakni tidak memberi impak yang besar dalam penguasaan bahasa Inggeris mahupun pencapaian Sains dan Matematik.

Katanya, pandangan menteri pelajaran itu selari dengan beberapa kajian sebelum ini, termasuklah kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) dengan kerjasama lapan institusi pengajian tinggi tempatan Februari lalu mengenai tahap kompetensi guru dalam PPSMI serta implikasinya terhadap pembangunan modal insan.

Kajian itu, katanya, berasaskan sampel dari 553 orang guru dan 15,089 pelajar dari kawasan bandar dan luar bandar, termasuk Sekolah Kebangsaan Orang Asli.

PPSMI rugikan murid


"Dari aspek keupayaan perlaksanaan dasar, kajian itu mendapati ramai lagi guru yang belum layak mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di mana 39.3 peratus guru (74) sekolah rendah dan 25.3 peratus guru (93) sekolah menengah gagal dalam Penilaian Tahap Profisiensi Bahasa Inggeris.

Menurut Khairy lagi, dari segi status pelaksanaan PPSMI dan sumbangannya terhadap peningkatan penguasaan dan pencapaian Bahasa Inggeris murid-murid pula, PEMBINA mendapati:

bullet button Sekolah rendah: Sumbangan dan korelasinya adalah rendah bagi mata pelajaran Sains, iaitu ia hanya berjaya menyumbang meningkatkan bahasa Inggeris sebanyak 0.7 peratus sahaja. Sementara bagi Matematik, tiada sumbangan terhadap peningkatan bahasa Inggeris.

bullet button Sekolah Menengah Aliran Sastera: Bagi mata pelajaran Sains dan Matematik sumbangan dan korelasinya rendah. Di mana bagi Matematik hanya berjaya menyumbang peningkatan bahasa Inggeris sebanyak 1.0 peratus dan 0.6 peratus bagi Sains.

bullet button Sekolah Menengah Aliran Sains: Hanya dua mata pelajaran sahaja yang menunjukkan ada korelasi dan sumbangan rendah, iaitu Kimia 2 dan Matematik Tambahan. Di mana, jumlah kedua-dua mata pelajaran ini hanya menyumbangkan sebanyak 0.9 peratus, iaitu 0.6 peratus bagi Kimia 2 dan 0.3 peratus bagi Matematik Tambahan.

Menurut Khairy, kajian PEMBINA juga mendapati pelaksanaan PPSMI menyebabkan kerugian berganda kepada murid-murid, terutama kepada kira-kira 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori sederhana dan lemah di dalam ketiga-tiga mata pelajaran, iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Kelayakan masuk Universiti


"Ini dibuktikan dengan analisa sampel terhadap keputusan peperiksaan yang diambil ke atas 5,590 murid tahun 5, kohort 2 (2004) dari 56 SK seluruh negara, menunjukkan pencapaian mereka semakin merosot, malah ada yang dengan drastik merudum apabila mereka naik ke tahun yang lebih tinggi, iaitu di Tahun 2 (2005), Tahun 3 (2006), Tahun 4 (2007), Tahun 5 (2008) dan dijangkakan berterusan di Tahun 6 (2009)," katanya.

Menurutnya, Pemuda Umno juga juga bersetuju dengan penjelasan Muhyiddin bahawa pendekatan terbaik bagi penguasaan bahasa adalah dengan menambahbaik pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut.

"Oleh itu, Pemuda Umno menyokong penuh syarat wajib lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM, dengan syarat adanya tenaga pengajar terlatih dan berkelayakan bagi bahasa tersebut yang cukup bagi memenuhi keperluan pelajar.

"Kesungguhan ini juga diterjemahkan dengan saranan Pemuda Umno agar kerajaan menetapkan tahap pencapaian minimum dalam ujian MUET (Malaysian University English Test) bagi kelayakan masuk ke universiti tempatan bagi meningkatkan usaha pelajar meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris mereka," katanya.

Bagi Pemuda Umno, tegas Khairy, pendekatan dan preskripsi polisi yang sesuai dengan masalah dan cabaran amatlah penting, terutama apabila ia menyentuh aspek pendidikan, yang memberi kesan dan impak besar kepada para pelajar.

Sesungguhnya, keputusan dan pertimbangan analisis untung-rugi halatuju PPSMI haruslah ditangani dengan objektif dan menyeluruh kerana ia bukannya untuk mengukir nostalgia lampau tetapi untuk membentuk halatuju dan masa depan modal insan negara.

SP-Lama doh mende nie berlaku!!!!..baru nk larang.Masa mahathir meritoh.wat dh mende nie.sya pernah alami blajo lam b.inggeris mmg ssh.Se lagi,umno saje je perjuang atas nama melayu.balik arr umno!!!!!!!!!!!

Monday, June 22, 2009

Umno T'ganu: Penyandang tiga jawatan utama digugurkan

Penyandang tiga jawatan utama dalam badan perhubungan Umno Terengganu - setiausaha, ketua penerangan dan bendahari - digugurkan daripada jawatan masing-masing hari ini.

Pengerusi Umno negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, ia merupakan antara usaha untuk memulihkan Umno Terengganu yang sebelum ini berpuak-puak.

"Ini cara saya akan pimpin Umno Terengganu dengan bantuan Menteri Besar Datuk Ahmad Said," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Umno negeri malam tadi, lapor Bernama.

Ditanya sama ada tindakan itu diambil ekoran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dua Datuk dalam Umno negeri, beliau berkata:

"Bagi saya yang paling penting ialah untuk pikul tanggungjawab. Mereka yang lepaskan jawatan tak semestinya tugas dan tangungjawab mereka lebih mudah kerana mereka ada tanggungjawab yang harus dipikul".

Hishammuddin juga menafikan tindakan tersebut menampakkan beliau seolah-olah cenderung kepada satu pihak sahaja, sebaliknya berkata ia mendapat 'restu' semua pemimpin Umno bahagian.

Ekoran itu, ketua Umno Hulu Terengganu yang juga Speaker DUN Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dilantik sebagai setiausaha menggantikan Datuk Rosli Mat Hassan.

Menteri Belia dan Sukan yang juga ahli parlimen Kemaman, Datuk Ahmad Shabery Chik pula dilantik sebagai ketua penerangan menggantikan Datuk Zuber Embong.

Manakala timbalan ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, Datuk Rahin Mohd Said dilantik sebagai bendahari menggantikan Datuk Roslan Awang Chik.

Hishammuddin juga mahukan semua pihak ketepikan sikap berpuak-puak .

Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh tidak menghadiri mesyuarat malam tadi kerana kini melanjutkan pelajaran di luar negara.

Polis tutup kawasan majlis jamuan DAP

Polis hari ini campurtangan dalam majlis makan malam dan ceramah DAP - kali ini di Klang - dengan menarik balik permit bagi mengadakan majlis itu pada saat-saat akhir.

dap klang dinner 210609 seal.jpgSelepas beberapa rundingan panjang dengan pihak polis, majlis itu dibenar diteruskan pada kira-kira jam 8.15 malam, tetapi ceramah tidak dapat diadakan kerana pihak polis telah merampas peralatan pembesar suara.

Sebelum itu, pihak polis telah meluluskan permit untuk majlis tersebut, tetapi tidak membenarkan ceramah diadakan.

Sejak awal petang tadi, tujuh trak meriam air ditempatkan di kawasan Bayu Tinggi, tempat majlis jamuan itu dijadual diadakankan.

Jamuan tersebut dianjurkan oleh ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago, yang menulis dalam blognya bahawa pihak polis telah menutup kawasan tempat jamuan itu hendak diadakan pada jam 4.45 petang.

dap klang dinner 210609 fru truck.jpgSantiago berkata, beliau tidak dapat menghubungi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar untuk mendapatkan penjelasannya.

Ketika dihubungi, seorang pembantu Santiago memberitahu Malaysiakini bahawa polis mahu majlis makan malam itu diadakan di kawasan tertutup.

Kemah-kemah telah didirikan di luar pejabat tersebut.

Sementara itu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menulis dalam twitter, yang menyifatkan kawasan sebagai "zon perang".

"Bayu Tinggi Klang jadi zon perang, trak FRU dan meriam air. Polis bersenjata M16. Kawasan ditutup.

dap klang dinner 210609 shop"Serang pengganas? Tidak. Kerana majlis makan malam DAP," tulisnya.

Kejadian hari ini mempunyai persamaan dengan tindakan polis terhadap majlis makan malam DAP di Sitiawan pada 16 Mei lalu di mana polis melarang tayangan DAP mengenai kekecohan yang berlaku sewaktu sidang DUN Perak yang lalu.




sumber dipetik daripada malaysiakini.com

Sunday, June 21, 2009

Eksklusif: Terbongkar, Siapakah Gerangan Si Isteri Perdana Menteri Malaysia Yang Bernama Datin Seri Rosmah Mansor Itu Sebenarnya !!

KUALA LUMPUR [9.30 pm] - Ramai yang terkejut dengan pendedahan berani yang dilakukan oleh saudara mara dan kaum kerabat isteri Perdana Menteri Malaysia, Rosmah Mansor (foto), tentang sikap sebenar beliau selama ini. Susulan daripada pendedahan inilah kononnya timbul arahan kononnya kerajaan tidak membenarkan penjawat awam menggunakan "modem" untuk melayari internet baru-baru ini. Sebelum ini, kami sudah mendapat banyak laporan berita yang mengaitkan Rosmah Mansor ini sebenarnya, terutama ketika awal-awal beliau "mendapatkan perhatian" Najib Razak yang menjadi Menteri Besar Pahang ketika itu. Rosmah dikatakan menggunakan proksinya "Maznah Mazlan" untuk mendapatkan Najib.
Malahan juga terdapat laporan yang mengatakan ketika Najib menjadi MB Pahang ketika itu, Rosmah dikatakan saban hari menjengok Wisma Sri Pahang dekat Kuantan. Bomoh apakah yang beliau pakai, hingga Najib sanggup tidak mahu berjumpa dengan orang setiap petang gara-gara ingin bersama dengan Rosmah. Manakala, Maznah Mazlan dikatakan menjadi pengawal di lobi Wisma Sri Pahang.
Malah, bagi mengelirukan orang ramai Najib telah mengarahkan pengawal SUK mengalihkan kereta rasmi Menteri Besar ke bahagian belakang bangunan itu. Dan mengarahkan pengawal memaklumkan bahawa "MB tiada di pejabat" setiap kali ada orang awam atau pemimpin tertentu ingin bertemu dengan beliau. Kisah ini dicerita panjang berjela oleh seorang pengawal SUK Pahang yang pernah bersama Najib ketika beliau menjadi Menteri Besar Pahang.
Malah, dari kalangan mulut pemimpin wanita Pahang memang terdapat desas-desus yang Rosmah juga pernah mendapatkan khidmat "Mona Fendy" dalam usaha untuk mendapatkan Najib hingga menyebabkan isterinya ketika itu seolah-olah "gila". Laporan di atas adalah sebahagian daripada kisah kebobrokan Rosmah Mansor.
Namun pendedahan yang dibuat secara eksklusif di internet sekarang ini cukup menggemparkan rakyat Malaysia di seluruh dunia. Tambahan pula mereka yang membongkar maklumat itu adalah mempunyai pertalian rapat dengan isteri Perdana Menteri itu sendiri. Makanya, dibawah kami paparkan video berkenaan untuk tatapan seluruh rakyat. Semoga ianya dapat menjadi iktibar dan ilmu yang berguna untuk dihebahkan kepada rakyat yang masih dibutakan mata dan hati mereka.
Dengan pendedahan ini juga jelas membuktikan kepada kita yang Najib sebenarnya bukanlah Perdana Menteri Malaysia, beliau hanyalah "Pak Turut" yang terpaksa mengikut apa sahaja arahan yang dikeluarkan oleh Rosmah Mansor. Justeru itu, yakinlah kita sekarang bahawa isteri Perdana menteri itu bukanlah seperti yang digambarkan oleh sesetengah orang. Malah beliau lebih hebat dan teruk dari itu sebenarnya.

sumber dipetik daripada http://farizmusa.blogspot.com/

Saturday, June 20, 2009

Krisis Perak: Biar panel 11 hakim tentukan, kata Nizar






nizar jamaluddin court 190609Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat mahukan panel penuh 11 hakim Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan beliau untuk membatalkan pengisytiharaan Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Menurut Nizar, panel 11 hakim itu amat perlu memandangkan rakyat meletakkan harapan tinggi kepada mahkamah untuk menyampaikan keputusan yang adil dan saksama bagi merungkai krisi Perlembagaan Perak.

Nizar memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan hari ini bagi membatalkan keputusan mengejut Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar.

Tiga hakim berkenaan membuat keputusa itu dalam tempoh lima minit pada bulan lalu dan sekali gus mengejutkan ramai pengamal undang-undang, bekas hakim dan rakyat keseluruhan.

Mereka telah berjanji untuk mengemukakan hujah bertulis bagi menyokong keputusan bingkas itu namun gagal berbuat demikian sehingga menyulitkan rayuan Nizar untuk membatalkan keputusan berkenaan.

Nizar tiba di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan sekitar jam 3.00 petang nanti bersama peguam Leong Cheok Keng.

Rayuan berkenaan akan didengar pada 9 dan 10 Julai depan.

“Saya menggesa Ketua Hakim Negara untuk menampilkan 11 hakim bagi mendengar permohonan ini untuk tidak menghampakan rakyat Malaysia yang meletakkan harapan pada Mahkamah Persekutuan untuk menyampaikan penghakiman yang adil dan saksama,” kata Nizar.

“Rakyat Malaysia mengharapkan kebijaksaan Mahkamah Persekutuan untuk merungkai kemelut antara Zambry dan saya. Kes ini lebih dari pertempuran politik. Keputusan Mahkamah Persekutuan akan memandu halatuju negara dalam tahun-tahun mendatang, kata Nizar.

“Perbicaraan ini membabitkan bukan sekadar negeri Perak, tetapi seluruh negara yang di bicarakan,” tambah Nizar.

Tiga hakim Mahkamah Rayuan sebelum ini menolak keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah, kerana beliau tidak meletak jawatan atau disabit dengan undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri Perak.

Namun Mahkamah Rayuan mengambil sikap Zambry adalah Menteri Besar sah semata-mata kerana perlantikannya diperkenan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Nizar kesal dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu tetapi lebih mendukacitakan ialah kegagalan hakim untuk memberi alasan bertulis atas tindakan mereka.walaupun sebulan telah berlalu.

”Amat dikesali kami terpaksa membuat permohonan ini tanpa penghakiman bertulis dari Mahkamah Rayuan. Ini jelas sekali mencemar sistem kehakiman dimana hujah tuntas adalah asas kepada penghakiman,” kata Nizar.

Nizar berkata beliau juga belum diberi hujah bertulis oleh seorang lagi Hakim Mahkamah Rayuan yang paling awal meluluskan permohonan Zambry untuk membeku keputusan Mahkamah Tinggi yang berpihak kepada Nizar. .

“Saya masih menunggu hujah tuntas dari Hakim Ramly Ali, hakim yang mendengar rayuan Zambry secara bersendirian dan membekukan keputusan Mahkamah Tinggi. Sehingga ke hari ini beliau juga masih belum mengemukakan penghakiman beliau,” kata Nizar. TVA

PRK N41 Manek Urai (09) : TGNA, DSAI & LGE di Manek

Jadual Ceramah N.041

21 Jun 2009

Padang Majlis Daerah, Laloh

Tok Guru MB, DSAI, Lim Guan Eng, Ust Nassuruddin Daud



PAS tidak akan benarkan dirinya jadi talian hayat Umno

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - PAS tidak akan membenarkan dirinya menjadi talian hayat untuk untuk memulihkan krisis kepercayaan rakyat terhadap Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak, Umno dan Barisan Nasional (BN), kata Naib Presidennya, Dato' Mahfuz Omar.

Beliau berkata, krisis kepercayaan rakyat terhadap Najib, Umno dan BN kini begitu parah sehingga apa yang disebut sebagai kerajaan perpaduan hendak dijadikan talian hayat "untuk menyambung nafas mereka".

Menurut Mahfuz, kalau dahulu rakyat mendengar parti-parti komponen BN mengadu mereka dibuli oleh Umno, keadaan kini bertambah parah apabila suasana hilang kepercayaan parti-parti komponen BN terhadap Najib merebak pantas seperti api dalam sekam.

"Kepimpinan Najib kini menghadapi krisis kepimpinan dari dalam BN malah dari dalam Umno sendiri sehingga beliau kini sangat terdesak dan tertekan.

"MCA dilihat mengugut mahu keluar dari BN manakala tokoh-tokoh Umno sendiri mengadakan kempen bisik-bisik yang mempersoalkan kepimpinan Najib.

"Kerajaan BN diberi nama kerajaan isteri suami malah didakwa sebagai kerajaan bini Najib oleh tokoh-tokoh Umno sendiri," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Menurut Mahfuz, hakikat bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor begitu berkuasa diiktiraf oleh Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew.

Mengulas kunjungan hormatnya menemui Rosmah, Kuan Yew berkata, beliau melakukan kunjungan hormat menemui Rosmah kerana beliau diberitahu Najib dan isterinya berkerja sebagai satu pasukan dan adalah perlunya baginya memahami kedua-dua anggota pasukan itu.

Tidak ada mana-mana pembesar utama negara asing yang mengadakan kunjungan hormat menemui mana-mana isteri Perdana Menteri Malaysia sebelum ini.

Mahfuz menegaskan, segala keupayaan dan kepakaran akan digembelingkan habis-habisan bagi memastikan kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil Manek Urai untuk memberi isyarat tegas dan jelas bahawa ia tidak boleh digunakan kuda tunggangan untuk memulihkan krisis kepercayaan terhadap Najib, Umno dan BN.




PAS umum calon Manek Urai 26 Jun

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - PAS akan mengisytiharkan calonnya untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 26 Jun ini bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat.

Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Manek Urai, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah berkata, pengumuman itu akan dibuat di Manek Urai berdekatan dengan rumah Allahyarham Ismail Yaakub atau lebih mesra di kenali sebagai Pak Su Wei.

Ditanya sama ada calon yang akan dimumkan itu memiliki ciri-ciri seperti Allahyarham Ismail, Wan Rahim berkata pemimpin seperti beliau sukar diganti dan tidak boleh ditandingi.

Bagaimanapun, beliau yakin calon yang akan diumumkan nanti akan diterima oleh pengundi di Manek Urai.

Sementara itu, Wan Rahim menggesa SPR mengarahkan majikan-majikan supaya membenarkan pekerja mengambil cuti pada hari mengundi 14 Julai nanti.

Keadaan ini katanya berpunca daripada SPR sendiri yang sengaja menetapkan hari pengundian pada hari bekerja.

"Kita betul-betul mengharapkan SPR memberi arahan kepada majikan bagi memberikan cuti satu hari," tegasnya ketika dihubungi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil itu pada 14 Julai ini dan penamaan calon pada 6 Julai.

Kerusi DUN Manek Urai kosong selepas penyandangnya, Ismail Yaakob, 60, dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu kerana masalah kesihatan.

Beliau memenangi Dun Manek Urai buat pertama kali pada pilihan raya umum 1986 dan mengekalkannya untuk lima penggal berturut-turut.

DUN Manek Urai terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Krai yang juga disandang oleh PAS.

Friday, June 19, 2009

Projek Pemuda PAS tawan Sabah, Sarawak


Dewan Pemuda PAS bawah kepemimpinan baru akan meningkatkan kempennya di Sabah dan Sarawak dalam usaha membantu Pakatan Rakyat menguasai kerajaan persekutuan, kata ketuanya.

"Kita ada projek 'Semenanjung 2' bagi mengukuhkan tapak Dewan Pemuda di Sabah, Sarawak dan Labuan," kata Nasrudin Hassan.

"Jadi untuk itu, kita fikir, Sabah dan Sarawak tidak boleh dipandang di kelas kedua atau dipandang sepi. Kita bakal mewujudkan satu lajnah baru khusus untuk Sabah dan Sarawak agar kita dapat benar-benar pastikan PAS mampu tapak kukuh seperti di Semenanjung."

Dalam wawancara eksklusif denga Malaysiakini, beliau bertegas tidak ingin mengubah penampilan sesuai dengan peranan barunya dalam politik walaupun ada pihak mempertikaikannya.

"Apabila orang pertikaikan, secara tak langsung mereka beri perhatian kepada saya. Saya hendak sebut, kepimpinan bukan dinilai daripada cara berpakaian, tetapi pada karisma, pemikiran dan kemahiran bekerja," katanya.

"Dan saya tidak akan menukar imej, sebab itu diri saya. Dan saya tidak boleh jadi orang lain. Saya akan kekalkan imej itu. Saya percaya, kawan-kawan sedia memahaminya.

"Komentar-komentar itu saya anggap sebagai satu cabaran untuk saya buktikan bahawa saya bukanlah sebagaimana yang mereka sangka."

Nasrudin diminta mengulas teguran terhadap penampilannya yang kerap berjubah dan berserban, berbeza dengan dua ketua dewan itu sebelumnya Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Bagaimanapun ketika ditemui Selasa lalu, ulama muda berkelulusan syariah Universiti Al-Azhar itu tampil kemas dalam kemeja hitam berjalur tegak, serta berkopiah putih tanpa serban.

Setelah kira-kira sepuluh tahun Pemuda PAS tidak dipimpin oleh ulama, Nasrudin yakin, latar belakang pendidikannya tidak akan menjadi kekangan dan masalah untuk memimpin dewan itu.

Anak kelahiran Besut itu menambah, setelah lima penggal dalam Dewan Pemuda – sejak dua penggal bawah kepimpinan Mahfuz – beliau telah mendapat didikan organisasi yang mencukupi.

"Jadi, saya boleh mengimbangi latar belakang saya sebagai pelajar agama dengan kemahiran dan trend kerja daripada mereka. Sebab itu saya tak rasa kekok atau janggal," katanya, yang pernah menuntut di pondok Al-Diniyyah Albakriah dekat Kota Bharu.

Setelah menang tanpa bertanding dalam pemilihan dewan itu awal bulan ini, Nasrudin berhasrat mengubah gaya pentadbiran Pemuda PAS dengan mengagihkan kerja "ala kabinet" dan "memanfaatkan semaksimum mungkin tenaga dan sumber-sumber parti."

"Sebelum ini, kita lihat kecenderungan, sama ada sedar atau tidak, kalau nak buat kenyataan akhbar, kalau nak buat kenyataan rasmi, biasanya oleh ketua Pemuda. Akhirnya, tradisi itu sedikit sebanyak menenggelamkan exco-exco Pemuda yang lain.

"Jadi tahun ini, saya ambil pendekatan bekerja ala kabinet. Maknanya, selepas ini, exco Pemuda yang memegang portfolio masing-masing, mereka akan keluarkan kenyataan sendiri bersesuaian dengan portfolionya," katanya.

"Dia akan bertindak dalam ruang dan bidang kuasa yang diberikan sebebas mungkin, tanpa perlu terikat atau dibayangi oleh ketua Dewan Pemuda sendiri."

Dalam wawancara 90 minit itu, Nasrudin juga menegaskan keperluan mendekati bukan Melayu bermula dengan program pendidikan dan kebajikan.

Bagaimanapun, dalam masa yang sama, beliau bertegas mempertahankan tindakan tradisional dewan itu yang lantang menentang pengajuran konsert artis dan penjualan alkohol di kalangan orang Islam.

"Yang pertama, kita akan teruskan dasar itu. Sebab apa pun masalahnya, keadaannya, kita tetap tidak boleh berkompromi dengan kemaksiatan, kemungkaran, kerana itu sangat asas dalam Islam. Yang haram itu tetap haram hukumnya.

"Sementara yang halal itu tetap halal hukumnya. Isunya adalah isu pendekatan, cara kita menangani isu itu. Maka untuk itu, kita akan kaji pendekatan yang telah kita bawa sebelum ini.

"(Untuk menilai) sejauh mana ia berkesan dan sejauh mana memberikan kesan negatif kepada parti dan perjuangan yang kita dukung ini," katanya, yang mengakui terpesona dengan sitem pengkaderan gerakan Islam popular Mesir, Ikhwan al-Muslimin.

BERTENANG, TUNGGU ARAHAN RASMI PARTI


SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis.

InsyaAllah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi kesemuanya ini. Kalau Umno/BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada qarun-qarun yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi. Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini InsyaAllah dapat diatasi dengan baik dan elok.

Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya. Kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.

Segala keputusan politik yang PAS buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara’ dan fiqh siasi. Kita bertahlalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.

Semua ahli PAS perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini, kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.

Dapatkan maklumat rasmi daripada akbar rasmi Harakah, Harakahdaily dan Siasah, supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Tunggu dan sabar penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam part
kita.

PAS UMNO : Beranikah Najib Penjarakan Anwar?


Sekalipun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan pendakwaan fitnah liwat terhadapnya di Mahkamah tinggi Kuala Lumpur akan menyaksikan beliau dijatuh hukuman dengan segera dan dikembalikan ke penjara Sungei Buloh sekali lagi, keadaan tersebut kemungkinan besarnya tidak akan berlaku.

Perbicaraan atas tuduhan liwat terhadap Anwar akan bermula pada 1 Julai meskipun dua laporan perubatan membuktikan tidak ada tanda-tanda pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan diliwat sebagaimana yang didakwa beliau.

"Senario terburuk yang mungkin saya hadapi ialah mereka menolak permohonan ikat jamin saya dan segera menjatuhkan hukuman," anwar dipetik berkata oleh agensi berita Peranchis, AFP.

Menurut Anwar, beliau menjangkakan bukti-bukti palsu akan dibentangkan di mahkamah oleh pendakawaan sekali lagi sebagaimana yang dilakukan pada perbicaraan 1998 dalam cubaan UMNO-Barisan Nasional menamatkan kareer politiknya.

"Itu adalah cara termudah bagi Umno untuk menghapuskan saya bagi menyelesaikan masalah politik mereka," tambah beliau lagi.

Saya menyatakan kemungkinan besarnya tidak akan berlaku pemenjaraan ke atas Anwar, kerana jika demikianlah konspirasi Najib-Musa Hasan-Gani Patail maka ia adalah langkah silap mereka bertiga di dalam mengaturkan plot konspirasi itu.

Jika Anwar dipenjara, Permatang Pauh akan menghadapi pilihanraya semula. Apakah Najib dan UMNO sedia menyaksikan ia diaibkan lagi di tempat yang telah banyak kali UMNO diaibkan?


Anwar, 61, secara konsisten menolak dakwaan yang dilemparkan ke atasnya oleh Saiful dan laporan perubatan Hospital Pusarawi dan Hospital Kuala Lumour yang disahkan oleh tiga pakar perubatan menguatkan hujah Anwar bahawa tuduhan itu satu lagi rekacipta dan konspirasi politik oleh pimpinan tertinggi UMNO.

Saiful membuat laporan polis kononnya beliau diliwat oleh Anwar beberapa hari selepas bertemu dengan Perdana Menteri Najib Razak.

Najib ketika itu sedang mengarahkan kempen untuk menumpaskan Anwar pada pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh.

Najib menggunakan laporan polis itu sebagai modal politik namun rakyat menolak fitnah berkenaan. Anwar menang dengan majoriti besar di Permatang Pauh dan diangkat menjadi Ketua Pembangkang di parlimen.

Meskipun tuduhan liwat oleh Saiful amat rapuh, Najib merestui tindakan Peguam Negara Gani Patail membawa pertuduhan terhadap Anwar ke mahkamah.

Anwar berkata dua laporan perubatan itu harus cukup untuk menyakinkan mana-mana pihak bahawa pertuduhan terhadapnya tidak berasas sama sekali.

"Kes ini tidak harus diteruskan apabila ia begitu jelas dilaporkan oleh pasukan doktor perubatan... yakni pakar perubatan bahawa tidak ada kesan (saiful) diliwat, jadi mengapa mereka tetap meneruskannya kecuali ia adalah menjadi satu konspirasi politik," tambah beliau lagi.

Anwar berkata Parti Keadilan Rakyat akan mengatur langkah secara terancang dan aman untuk menarik perhatian rakyat terhadap cubaan UMNO-Barisan Nasional sekali lagi memperalatkan institusi-institusi negara untuk memenuhi agenda politik sempit mereka.

"Kita akan lawan dan saya juga kini lebih bersedia, tidak seperti 1998 kerana ketika itu ia berlaku secara mengejut dan tidak sesiapun menjangkakan rancangan jahat sedemikian dirancangkan," katanya lagi.

Dalam pada itu, Anwar juga berkata beliau bersedia bersemuka di mahkamah dengan Mohd Saiful.

"Saya tiada masalah berhadapan dengannya. Isunya adalah beliau (Saiful) perlu bersedia dengan semua bukti yang menentang tuduhannya, terutamanya bukti laporan perubatan," tambah beliau lagi.

Anwar berkata perbicaraan itu tidak akan memberi kesan kepada keutuhan Pakatan Rakyat sebagai gagasan berwibawa.

"Pakatan Rakyat bersedia menghadapi hakikat kemungkinan saya dipenjarakan dan sudahpun mengambil langkah yang sepatutnya," tambah beliau.

Polis berdemo depan Pejabat Agung PAS



Perkarangan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut penuh dengan anggota polis ekoran berita angin satu demonstrasi akan diadakan untuk membantah kerajaan perpaduan.

Demostrasi itu dikatakan akan diadakan sebaik sahaja selesai solat Jumaat hari ini, namun sehingga kini tidak ada sebarang kelibat demonstrasi itu.

Polis yang berpakaian seragam dan preman memenuhi kedai-kedai dan perkarangan kedai di depan pejabat PAS itu.

Turut serta adalah beberapa wartawan dan jurugambar. - siasahdaily

PERHIMPUAN ANTI –ISA : LIMA PELAJAR DIDAPTI BERSALAH


Mahkamah majistret Kuala Lumpur hari ini mendapati lima pelajar universiti bersalah kerana menyertai perhimpunan haram anti-ISA pada Julai 2001.

Mereka masing-masing didenda RM3,900 atau tiga bulan penjara. Mahkamah juga menolak permohonan mereka untuk menangguhkan hukuman tersebut.Majistret Hafiza Sauni, bagaimanapun, melepaskan seorang pelajar daripada tuduhan tersebut.
Mereka yang didapati bersalah ialah Rafzan Ramli, Khairul Amal Mahmud, Ahmad Kamal Abdul Hamid, Nik Norhafizi Nik Ismail dan Zulkefle Idris - semasa pelajar universiti tempatan ketika itu.
Mereka telah digantung daripada meneruskan pengajian mereka mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti Act.

dipetik daripada http://farizmusa.blogspot.com/

Wednesday, June 17, 2009

Tiada Kerajaan Perpaduan Tanpa DAP dan PKR



mustafa ali pas pc 170609Perbincangan mengenai kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno akan melibatkan juga dua lagi rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat, kata setiausaha agung PAS.

"Najib bercakap tentang 'Unity Government' (kerajaan perpaduan), maka tidak boleh bercakap dengan PAS (sahaja), tetapi mesti bersedia untuk bercakap dengan PKR dan DAP.

“Jika Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak bersedia, PAS pun tidak bersedia untuk berbincang dengan beliau," kata Datuk Mustafa Ali hari ini.

'Kerajaan perpaduan' perlu libatkan Pakatan Rakyat - Mustafa Ali

PENJAWAT AWAM DILARANG GUNA MODEM UNTUK CAPAIAN TERUS INTERNET

KUALA LUMPUR 16 Jun — Penjawat awam dilarang menggunakan kemudahan modem untuk membuat capaian terus ke Internet kerana ia melanggar Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di agensi-agensi kerajaan, kata Najib Razak.
Garis panduan itu yang dikeluarkan pada 2003, adalah sebagai panduan kepada penjawat awam dalam penggunaan Internet, kata Perdana Menteri dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Aktiviti lain yang melanggar tatacara pengguna Internet di pejabat kerajaan termasuk menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan gambar, lagu atau teks yang bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara dan menakutkan pengguna Internet yang lain, katanya.
Penjawat awam juga dilarang menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam secara online seperti newsgroup dan bulletin board, menggunakan kemudahan ’chatting’ melalui internet, menggunakan kemudahan Internet untuk tujuan peribadi dan menjalankan aktiviti komersil dan politik.

Tuesday, June 16, 2009

PERINGATAN!!!!!!!!!!

CERAMAH PERDANA

TARIKH:18 JUN 2009

JAM:9.30 MALAM

TEMPAT:KAMPUNG LOSONG DATO AMAR

PENCERAMAH:YB.USTAZ ALIAS RAZAK
(ADUN BUKIT TUNGGAL)

:USTAZ HAMID DERANI
(PENCERAMAH BEBAS)

3,000 petugas Pemuda PAS akan ke Manek Urai


KUALA LUMPUR, 16 Jun (Hrkh) - Pemuda PAS akan mengerahkan tenaga Pemuda seramai mungkin ke Manek Urai bagi mempertahankan kemenangan PAS pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai pada 14 Julai akan datang.

Ketuanya, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi berkata Pemuda akan mengerahkan Pemuda di seluruh negara agar turun membantu pilihan raya kecil itu.

"Kita akan mengerahkan semua pemuda di seluruh negara agar berkampung di Manek Urai untuk memastikan momentum sokongan rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13," katanya pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Sementara itu, Nasrudin turut menyatakan bahawa kira-kira 3,000 Pemuda akan turun berkampung di Manek urai bagi menjalankan agenda pemuda khususnya dalam memahamkan isu-isu semasa politik dalam negara mutakhir ini.

Selain itu ujarnya, Pemuda juga akan terus menguruskan kebajikan yang sedia menjadi agenda utama dalam pentadbiran kerajaan PAS di Kelantan.

"Pemuda akan turun mengikut negeri dan kawasan bagi membantu jentera PAS memenangkan kawasan tersebut dengan pendekatan yang ditetapkan," ujarnya.

Dalam perkembangan yang sama, Nasrudin berkata Jentera Pilihan Raya Pemuda Pakatan Rakyat akan dilancarkan pada 19 Jun di Lata Rek, Manek Urai

Siasat misteri pembuangan 14 KP

Pemuda PAS mendesak siasatan segera dijalankan berhubung penemuan 14 keping kad pengenalan lama di tempat pembuangan sampah di Tampoi seperti telah diadukan kepada polis 8 Jun lalu.

"Saya merasakan isu ini adalah isu besar. Bukan persoalan parti politik, PAS atau Umno atau sebagainya tetapi kita ingin membayangkan sekiranyanya kad pengenalan ini dikeluar dengan sewenang-wenangnya daripada Jabatan Pendaftaran, maka kebimbangan kita akan berlakulah isu keselamatan yang sangat besar kepada negara kita,” kata Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

umno old identity card found at garbage dump in tampoi 160609 02"(Ini) kerana kad pengenalan yang menjadi dokumen penting kemungkinan boleh dijual kepada sesiapapun termasuk kepada pendatang asing yang mungkin memberi kesan negatif kepada negara kita."

Beliau menambah, laporan polis itu dibuat exco Pemuda PAS Johor, Za'aba Ibrahim di balai polis Skudai dua hari selepas kad pengenalan itu ditemui.

Pemuda PAS mempertikaikan bagaimana kad pengenalan tersebut boleh berada di tempat pembuangan sampah sedangkan tiada kesan dokumen tersebut telah dilupuskan.

"Saya difahamkan kad pengenalan tersebut perlu dipotong atau ditunjukkan bukti bahawa ia dilupuskan," kata Khairul Faizi, yang dilantik penolong setiausaha Dewan Pemuda PAS hari ini, dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

"Tetapi keaadaan kad pengenalan ini sangat cantik keadaannya, tidak ada ciri-ciri ia dilupuskan."

Selain mengedarkan salinan laporan polis Za'aba, beliau turut melampirkan salinan fotokopi gambar-gambar tempat kad pengenalan itu ditemui.

Menurut polis tersebut, selain kad-kad pengenalan, turut ditemui sekeping lesen memandu yang tamat tempoh, sekeping kad pegawai mesyuarat pegawai Jabatan Perkhidmatan Haiwan, sekeping kad kursus jentera pilihanraya Umno dan lima keping kad perwakilan parti tersebut.

Khairul Faizi berkata, sekiranya tiada tindakan susulan, Pemuda PAS akan mengambil tindakan selanjutnya termasuk membawa perkara ini ke sidang Parlimen.

Demo anti-ISA dilancar di Parlimen esok

Kempen terbaru untuk menuntut kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dilancarkan di lobi Parlimen tengah hari esok, kata Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan.

Kempen itu bersempena usaha menganjurkan demonstrasi besar menentang akta tersebut yang digelar 'Himpunan Mahsuhkan ISA' yang dijadual 1 Ogos ini di Kuala Lumpur.

"Pemuda PAS akan menjadi antara penggerak utama di samping rakan-rakan NGO yang lain. Kempen ini akan digerakkan ke seluruh negara," katanya di sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Demonstrasi tersebut, antaranya untuk menyambut ulang tahun ke-49 pelaksanaan akta tersebut, telah dua kali ditunda - bulan Mac dan Jun.

pas youth old identity card found umno 160609 02Dalam sidang media itu, Nasrudin (dua dari kanan) turut mengumumkan barisan exco dan jawantankuasa Pemuda yang dilantik bagi memimpin dewan tersebut dalam tempoh dua tahun akan datang.

Pelantikan tersebut dibuat dalam mesyuarat pertama dewan tersebut selama lebih empat jam malam tadi, katanya yang menang tanpa bertanding jawatan tersebut dalam muktamar dewan tersebut, awal bulan ini.

Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad dilantik setiausaha dewan yang baru, menggantikan Ahmad Sabki Yusof yang kini sebagai naib ketua Dewan Pemuda.

Manakala Ketua Pemuda Johor dan juga ahli jawatankuasa Dewan Pemuda, Khairul Faizi Ahmad Kamil dilantik sebagai penolong Kamaruzaman.

Bendahari diserahkan kepada Mohd Adram Musa, menggantikan Mohd Zaki Ibrahim yang dicalonkan mencabar Nasrudin tetapi menarik diri di saat-saat akhir.

Suhaizan Kaiat, juga ahli jawatankuasa Dewan Pemuda, dikekalkan sebagai ketua penerangan.

Pemuda PAS turut melantik ahli parlimen Jerai dan ahli jawatankuasa dewan tersebut, Mohd Firdaus Jaafar sebagai pengarah pilihanraya Pemuda PAS.

Terdapat sepuluh ahli jawatankuasa baru yang dilantik: Zuraidin Abdullah (Kelantan), Sanusi Mohd Nor (Kedah), Zamakhshari Muhammad (Kelantan), Anuar Ali (Sabah), Yusainee Yahaya (Perlis), Mohd Sani Hamzan (Selangor), Wan Sukhairi Abdullah (Terengganu), Dr Zuhdi Marsuki (Wilayah Persekutuan), Mohd Nazri Din (Perak) dan Mohd Fuad Othman (Negeri Sembilan).

Nasrudin berkata Dewan Pemuda memutuskan untuk membentuk biro-biro tertentu selepas bengkel hala tuju dewan tersebut yang dijadualkan hujung bulan ini.

Ditanya mengenai persiapan Pemuda PAS menghadapi pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini, Nasrudin berkata, dewan tersebut bersama Pemuda Pakatan Rakyat akan melancarkan jenteranya pada 19 Jun ini.

" Kita mahu mempastikan momentum sokongan pengundi terhadap Pakatan Rakyat kekal untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13.

"Kita akan mengurus kebajikan pengundi dan ia menjadi agenda utama parti. Kita juga cuba memahamkan pengundi berhubung situasi politik tanah air," katanya.

Tindakan Nizar manifestasi hak rakyat Perak yang dicabul BN


KUALA LUMPUR, 16 Jun (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menegaskan pihaknya menyokong ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin walaupun beliau digantung dua hari daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat.

"Tindakan Nizar itu adalah spontan, itu dilakukan bukan atas kapasiti parti tetapi ia adalah satu manifestasi dari kemelut yang berterusan di Perak yang sebenarnya memerlukan pembubaran Dun sebagai jalan penyelesaian," ujar Salahuddin ketika ditemui di Parlimen pagi tadi.

Mengulas sama ada tindakan Nizar itu direstui PAS, Salahuddin bagaimanapun menyatakan ia adalah tindakan peribadi Menteri Besar Pakatan Rakyat itu.

"Itu bukan perkara besar tetapi yang lebih penting ialah, ia adalah manifestasi kepada kemarahan rakyat Perak yang perlu dilihat kerajaan," katanya lagi.

Salahudin juga menyatakan sokongan kepada Dato' Mahfuz Omar; Dr Hatta Ramli dan Dr Dzulkifly Ahmad yang turut digantung bersama Nizar berikutan insiden tersebut.

Mengulas mengenai pemaikaian lilit kepala bertulis 'Bubarkan Dun Perak' pula, Salahudin menegaskan ia bukan satu tindakan yang salah.

Sebelum ini pemakaian lilit kepala atau alat-alat kempen membantah ISA, himpunan Bersih dan sebagainya di Parlimen tidak pernah mengundang tindakan oleh Speaker, katanya.]

Ditanya mengenai pendirian Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berhubung isu membabitkan tindakan Nizar di Parlimen itu, Salahudin menyatakan ia perlu ditanya kepada Nasharudin sendiri.

Mengulas isu yang sama, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan Nizar memulakan tugas 15 Jun lalu dengan melaungkan perkataan 'Hidup Rakyat' agar ianya bergema menggegar sanubari setiap ahli Parlimen.

"Sudah tentu niat suci beliau dipandang serong, lalu kemudiannya diminta untuk meninggalkan dewan. Saya menulis sepucuk surat kepada Tan Sri Speaker agar Nizar dan ahli Parlimen lainnya dibenarkan hadir pada esok harinya; 16 Jun 2009," katanya.

Malangnya rayuan tersebut gagal, Speaker tidak mahu mempertimbangkan semula keputusannya diketepikan, katanya.

Laungan tersebut haruslah dilihat mewakili suara hati rakyat Perak yang mahukan sebuah kerajaan yang sah serta terbukti mendapat mandat dari rakyat, ujarnya.

Pastinya media Umno/BN memuatkan berita khusus menyerang watak serta peribadi Nizar dengan skrip usang dan wayang lama diputar kembali, katanya.

"Belumpun puas memintal fitnah jahat terhadap saya sosok lain pula akan menjadi mangsa," katanya.

Semalam, Nizar diperintah meninggalkan Dewan Rakyat bersama enam lagi ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan berbuat demikian atas dakwaan 'berkelakuan kasar'.

Mereka juga didakwa 'melanggar etika berpakaian' apabila mengenakan kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih 'Bubar DUN' di ruang persidangan.

Mereka bertujuh turut digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.

Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr Hatta Ramali (PAS-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai).


Template by - Abdul Munir