Thursday, June 11, 2009

Faktor umur, PAS tiada calon sesuai di Manek Urai?

KUALA LUMPUR, 11 Jun - "Umur bukan kriteria yang mutlak. Jika orang itu berusia 80 tahun tetapi jika dia yang terbaik dan rakyat terima dia, kita akan letakkan dia sebagai calon. Itu tidak menjadi masalah"
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dato' Mustafa Ali dalam sidang media berhubung pilihanraya DUN Manik Urai Selasa lalu menegaskan dalam meletakkan calon bagi Pilihan Raya Kecil Manek Urai, PAS tetap menekankan calon yang diterima rakyat dan bukan bersandarkan faktor usia semata-mata.


Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan yang diajukan media mengenai kriteria calon PAS pada pilihan raya tersebut sama ada PAS akan meletak calon yang muda sebagaimana di sarankan Suruhan Jaya Pilihanraya (SPR).


"Dato' Halim, beliau masih bertenaga dan diterima rakyat walaupun beliau sudah menjangkau 70 tahun," ujarnya merujuk contoh Dato' Halim Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen PAS Pengkalan Chepa.


Mustafa berkata, "Proses pemilihan calon tersebut berlaku secara natural. Kriteria untuk kita menghadapi pilihan raya ialah 'orang yang memungkinkan' dan 'orang yang diterima'.


Menolak kenyataan bahawa PAS Manek Urai dikatakan menghadapi masalah kerana ketiadaan calon yang sesuai untuk diletakkan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN itu, beliau menjawab "terlalu awal, seperti kebiasaan PAS akan mengumumkan calon seminggu sebelum penamaan calon," ujarnya menolak gesaan wartawan dalam menamakan calon.


"Saya sendiri tak ada senarai-senarai calon, yang ada hanya di Kelantan," tambahnya lagi.


Terdahulu kenyataan seorang pemimpin PAS tempatan yang memberitahu Malaysiakini bahawa kebanyakan calon PAS yang disebut-sebut, tidak memilik kelayakan yang mencukupi untuk menjadi calon.


Menurut beliau kebanyakannya merupakan pemimpin yang sudah berusia dan kurang ilmu pengajian.
"Calon seperti ini sudah tidak sesuai lagi dengan perkembangan semasa," ujarnya merujuk pengundi tua di Manek Urai kini adalah 50 peratus.


Melihat perkembangan pengundi muda yang terdedah kepada perkembangan ilmu moden, beliau yang melahirkan kebimbangannya berkata, "kemungkinan jika PAS meletakkan calon lama lagi dan ditambah pula dengan kurang pendidikan dan kekhuatiran penolakan dari pengundi muda".


Sejumlah majoriti 95% pengundi Melayu dimaklumkan akan membuang pilihanraya kecil itu pada 14 Julai depan.

0 komen:

Template by - Abdul Munir