Friday, March 19, 2010

Ku Li tidak setuju kes royalti ke mahkamah

KUALA TERENGGANU, 19 Mac: Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah menolak cadangan untuk membawa isu royalti minyak ke mahkamah kerana ia tidak akan membawa ke mana-mana.



Beliau merujuk kepada kes perebutan kuasa di Perak selepas kerajaan negeri Pakatan Rakyat dijatuhkan melalui pintu belakang.



"Oleh itu, bagi saya ada tiga sahaja cadangan yang praktikal iaitu mencari orang tengah untuk menyelesaikannya, membawa kes ini ke Timbang Tara atau meneruskan sahaja tekanan kepada kerajaan Pusat sebagaimana yang dibuat sekarang.



"Kalau mahu mencari orang tengah, saya bersedia untuk menjalankan amanah itu jika diminta," kata beliau di hadapan lebih 5,000 penonton dan pendengar Dialog Royalti Petroleum di Terengganu Equaestrian Resort (TER) dekat Kuala Ibai malam tadi.



Dialog itu dianjurkan oleh Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu atau Mampat bersama Gegar iaitu NGO yang memperjuangkan royalti minyak untuk kerajaan Terengganu dan Kelantan.



Turut serta di pentas bersama Tengku Razaleigh adalah wakil kerajaan Terengganu ketika di perintah PAS iaitu Datuk Mustafa Ali dan Datuk Abu Bakar Chik serta wakil kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.



Majlis dialog itu dirasmikan oleh Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ismail, penaung Mampat.



Orang ramai yang datang sejak Maghrib apabila diadakan juga Solat Hajat di Masjid Tengku Tengah berhampiran TER turut menandatangani kain rentang bagi membantah sekatan royalti untuk kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu.



Turut menandatanganinya adalah Datuk Mustafa dan Datuk Husam serta Tengku Paduka.



Di majlis itu, Mampat turut melancarkan buku kompilasi ucapan, kertas kerja dan forum Konvensyen Royalti Petroleum yang diadakankan tahun 2008 lalu di tempat yang sama.




Ketika ditanya, apakah beliau bersetuju untuk turun ke jalan raya sekiranya usaha yang dilakukan sekarang tidak berhasil, Razaleigh berkata, beliau tidak bersetuju.



"Saya rasa tidak perlu sampai ke situ...kita akan berjaya kalau kita teruskan usaha menekan kerajaan agar mematuhi apa yang telah termaktub dalam akta itu dan dipersetujui oleh Petronas dan kerajaan negeri," katanya.



Dalam ucapannya juga, Razaleigh berkata, dia sentiasa konsisten dalam sikapnya mengenai isu royalti ini.



Ia turut disokong oleh Mustafa yang mengesahkan Razaleigh bersetuju untuk menjadi saksi ketika kerajaan negeri Terengganu menyaman Petronas dan kerajaan Pusat dahulu.



"Bahkan, afidavit beliau telah kita siapkan. Malangnya mahkamah menerima permohonan agar kes ini dibicarakan tanpa perlu memanggil saksi," kata Mustafa.


dipetik daripada harakahdaily

Mesyuarat Agung Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu

MESYUARAT AGONG PEMUDA PAS KAWASAN KUALA TERENGGANU



Tarikh : 19hb Mac 2010



Hari : Jumaat




Masa : 2.30 Petang





Tempat : Markas Tarbiah PAS Kuala Terengganu




PERASMIAN OLEH :



Ustaz Azman Shapawi



Timb Ketua Pemuda PAS Pusat




Semua Pemuda Di Minta Hadir...





Semarakkan Perjuangan... Kembalikan Ganu KiTe

Friday, January 08, 2010

Hampir RM45 juta belanja PDRM sepanjang Pilihanraya Kecil 2009

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 42
DARIPADA : TUAN HAJI TAIB AZAMUDDEN BIN MD TAIB [ BALING ]
TARIKH : 29 OKTOBER 2009



Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah perbelanjaan PDRM untuk mengawal keselamatan ketika setiap kali pilihan raya kecil di Permatang Pasir, Penanti, Bukit Selambau, Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang Berlangsung.



JAWAPAN : Tuan Yang Di Pertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Baling yang mengemukakan pertanyaan.



Jumlah perbelanjaan untuk mengawal keselamatan bagi keenamenam kawasan pilihanraya seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ialah RM44.9 juta.



Pecahan terperinci perbelanjaan mengikut kawasan pilihanraya berkenaan adalah seperti berikut:




Shaziman Dedahkan


Bahan Dan Kualiti Kerja Tidak Ikut Spesifikasi Punca Bumbung Stadium SMZA Runtuh

KUALA LUMPUR - Bahan dan kualiti hasil kerja yang tidak memenuhi spesifikasi dikenal pasti antara punca utama struktur bumbung kerangka Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu, runtuh Jun tahun lepas.

Menurut laporan Jawatankuasa Penyiasatan kejadian itu, faktor reka bentuk yang tidak memadai, bumbung yang tidak dibina dengan sempurna dan kawalan kualiti yang tidak dilaksanakan di tapak projek turut menyumbang kepada kejadian tersebut.


Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor yang mendedahkan laporan Jawatankuasa Penyiasatan itu hari ini berkata, siasatan juga mendapati pengawasan yang agak kurang ketika kerja-kerja pembinaan selain dilakukan secara tergesa-gesa turut menjejaskan kualiti stadium berkenaan.

Mengulas perkara itu, Bernama memetik Shaziman berkata, laporan itu telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam yang juga bersetuju supaya laporan itu diserahkan kepada kerajaan negeri Terengganu manakala satu lagi salinan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara, katanya kepada pemberita di sini.

Shaziman yang ditemui ketika mengadakan lawatan kerja ke Hubungan Kerinchi Arah Utara Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint) dekat sini berharap kerajaan negeri Terengganu dapat menggunakan hasil laporan itu untuk mengambil langkah susulan.

"JKR juga telah memaklumkan kepada kerajaan Terengganu supaya kerja-kerja mengubah runtuhan yang ada di kawasan stadium itu boleh dilakukan dan kerja-kerja pembaikan boleh dimulakan," katanya.

Dalam kejadian pada 2 Jun tahun lepas, bumbung stadium berkenaan di Gong Badak yang berharga RM300 juta dan siap dibina pada Mei tahun yang sama untuk Sukan Malaysia (Sukma) ke-12, runtuh secara tiba-tiba.

Ekoran kejadian itu, sebuah Jawatankuasa Penyiasatan terdiri daripada 10 wakil daripada pelbagai agensi kerajaan dan badan profesional berkaitan diberi masa enam bulan untuk melaksanakan penyiasatan dan menyiapkan Laporan Akhir ekoran kejadian keruntuhan bumbung utama stadium berkenaan.

Jawatankuasa itu dipertanggungjawab antara lain untuk mengenal pasti punca kejadian, mengesyorkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian itu berulang dan mengemukakan cadangan pembinaan semula stadium.

Himpunan Batu Burok Mengelirukan

http://buletinonline.net/images/stories/berita18/umnohimpunbatil.jpgDi Kuala Lumpur, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi amaran kepada mana-mana pihak yang berhasrat untuk berhimpun bagi membantah isu penggunaan kalimah Allah esok agar membatalkannya sebelum tindakan tegas diambil.



Beliau yang memantau secara serius perkara itu, berkata polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengeruh dan menjejaskan keselamatan negara.



"Jangan buat sesuatu tindakan yang boleh mengusutkan keadaan, kita perlu bertenang kerana ia melibatkan isu agama yang menjadi isu sensitif," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pengurusan Inovasi dan Kualiti PDRM di sini Khamis.

Musa berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dijangka berhimpun secara aman bagi membantah penggunaan kalimah Allah oleh Herald Catholic di beberapa masjid di ibu negara selepas solat Jumaat, esok.

Bernama melaporkan Musa turut berkata polis tidak mengeluarkan permit kepada mana-mana permohonan untuk berhimpun meskipun ia adalah perhimpunan secara aman.

Beliau berkata semua pihak perlu bertenang dan memberi ruang kepada mahkamah untuk menyelesaikan isu itu dan jangan membuat kenyataan yang boleh menaikkan semangat serta kemarahan orang ramai.

Dalam pada itu, Kuala Terengganu, pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Gerakan Kebangkitan Rakyat' (GERTAK) telah mengeluarkan menjemput semua umat Islam hadir ke satu himpunan di Batu Burok, Jumaat, 8 januari jam 3 petang.

Pegawai Penerangan PAS negeri Terengganu, Ustaz Ismail Che Dagang menafikan himpunan tersebut adalah suatu yang amat mengelirukan dan menafikan ia adalah anjuran PAS.

Beliau menegaskan ia tidak ada kena mengena dengan PAS Terengganu dan umat Islam.

"Ia (himpunan) bukan dianjurkan oleh PAS dan tidak ada kena mengena dengan PAS, kita (PAS) telah mengeluarkan arahan supaya ahli-ahli PAS tidak menghampiri himpunan yang mengelirukan itu,"katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurutnya, ia adalah amat mengelirukan kerana PAS mengajak umat Islam untuk berhimpun dihadapan kedutaan Mesir di Kuala Lumpur esok, pada masa yang sama, penganjur himpunan (Gertak) mengajak orang ramai hadir ke Batu Burok.

Oleh itu, beliau turut menyeru orang ramai supaya tidak turut bersama menyertai himpunan tersebut, yang dipercayai didalangi oleh parti Umno, dengan tujuan meraih 'publisiti' dari isu Kalimah Allah yang sedang hangat diperkatakan

Thursday, January 07, 2010

Serumpun Doa, Semoga Cepat Sembuh, Dato` Seri Nizar




Bismillahir Rahman’ nir Rahim

Assalamualaikum wrt

PAS Negeri Perak ingin merakamkan doa kami kepada Dato` Seri Ir.Haji Mohammad Nizar serta keluarga diatas kemalangan yang menimpa beliau awal pagi tadi, Sesungguhnya kami yakin, seluruh rakyat Perak khususnya amat mengharapkan agar Dato` Seri Ir.Haji Mohammad Nizar berada dalam keadaan baik dan selamat. PAS Negeri Perak juga berharap keluarga Dato` Seri Ir.Haji Mohammad Nizar dan seluruh rakyat dapat bersabar dalam ujian dan ketentuan dari Allah S.W.T ini .Bagi pihak seluruh kepimpinan dan warga PAS Negeri Perak, kami mendoakan semoga Dato` Seri Ir.Haji Mohammad Nizar dilimpahkan kesihatan dan kekuatan yang jitu dari Allah S.W.T.



Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar



Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain
( Pesuruhjaya PAS Perak )

Wednesday, January 06, 2010

Siasatan Enjin Jet Hilang: Mungkin Fakta Dan Bukti Juga Dihilangkan

- Suruhanjaya Diraja Saja Yang Meyakinkan

Pengumuman yang di buat oleh Peguam Negara tentang hasil siasatan yang di buat oleh Polis sangat tidak meyakinkan malah sangat meragukan.


http://buletinonline.net/images/stories/berita17/F5EMalaysia.jpgPeguam Negara menyatakan tidak ada Pegawai Kanan atasan TUDM yang terlibat dengan kehilangan enjin jet F5E, katanya yang terlibat hanya Pegawai Rendah sahaja.

Persoalannya ialah adakah kehilangan enjin jet hanya membabitkan Pegawai Rendah dan anggota biasa sahaja?

Ini bukan kehilangan spare part di kedai baiki kereta yang boleh seorang pormen boleh masukan barang dalam poket dia dan keluar dari kedai tersebut untuk jual di pasaran gelap.

http://buletinonline.net/images/stories/berita17/ne_02.2.jpgKalau spare part kedai baiki motor hilang boleh lah di katakan tauke tak tahu ini enjin jet dan bukannya boleh di junjung di atas bahu seorang prebet cabuk TUDM, melainkan mesti satu pakatan yang cukup bersetrategi.

Ingin saya nyatakan berkaitan siasatan Polis yang di umumkan oleh Peguam Negara bahawa tiada penglibatan Pegawai Kanan atasan sangat meragukan.

Tempoh masa yang panjang setahun 4 bulan bermula dari Ogos 2008 untuk siasatan dan tolak menolak antara Peguam Negara dan PDRM memungkinkan sebagai satu strategi untuk memadam dan menghilangkan bahan bukti dan fakta kes yang membabitkan Pegawai Kanan atasan TUDM dan penglibatan politik di KEMENTAH dan Kerajaan.

Bukti yang jelas dalam kes kematian Altantuya ialah dokumen perjalanan masuk ke Malaysia yang sepatutnya berada dalam simpanan Imegresen telah di hilangkan.

Begitu juga dalam kes kehilangan enjin jet ini. Kenyataan awal yang di buat oleh Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera bahawa ada pegawai pangkat Bregedia Jeneral dan berbagai pangkat telah di ambil tindakan di berhentikan kerana terlibat dalam kes ini tetapi kemudian di nafikan dengan kenyataan mengatakan mereka di berhentikan kerana kes yang lain. Ini menunjukkan ada sesuatu yang cuba di sembunyikan.

Saya mencabar Perdana Menteri jika benar beliau menyatakan kerajaan tidak hendak menyembunyikan apa-apa dalam kes ini, beliau mesti berani menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk mengendalikan siasatan dalam kes kehilangan enjin jet atau pun sekurang-kurangnya memanggil segera sidang khas Parlimen dan membawa satu usul pembentukkan Jawatankuasa Siasatan Bebas di bawah Parlimen.

Jika tidak saya menganggap siasatan yang di umumkan oleh Peguam Negara adalah satu konspirasi antara PDRM, TUDM, AG dan BN untuk memangsa dan mengkambing hitamkan Pegawai Rendah TUDM bagi menyelamatkan kepentingan politik BN bukan sahaja dalam kes ini tetapi dalam isu pembelian dan penjualan keperluan dalam industri Pertahanan yang melibatkan amalan rasuah dan penyelewengan pemimpin BN.

DATUK HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS.

Pangsapuri Ladang Gemilang Hanya Untuk Di Sewa Sahaja



http://buletinonline.net/images/stories/berita17/pangsapuriladanga.jpg
- ADUN PAS akan bantu mendapatkan bayaran sewa bagi golongan miskin

KUALA TERENGGANU – Kerajaan tidak menyediakan tempat tinggal sementara kepada golongan miskin yang tidak mempunyai rumah, yang menyewa di Kampung Ladang Tok Pelam dan Ladang Mengabang.


Mereka akan menghadapi kesukaran kerana kehilangan tempat tinggal apabila rumah yang mereka sewa, terlibat dalam pengambilan semula tanah dikawasan berkenaan.



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Dato’ Tengku Hassan Omar berkata, beliau akan mengusahakan supaya golongan tersebut diberi potongan harga sewa Pangsapuri Ladang Gemilang serta terus mendapat bantuan wang bagi membayar sewa tersebut.



”Orang-orang yang miskin, maksudnya orang yang menyewa rumah, bukan miskin duduk dirumah sendiri, dan dia (mereka) telah mendapat bantuan sewa daripada kerajaan persekutuan sekarang,



”orang-orang ini sahaja yang akan diberi sewa rumah baru (pangsapuri Ladang Gemilang) yang sepatutnya (berharga) RM300 dengan harga RM126 sahaja,”katanya dalam majlis taklimat yang diadakan di Ladang Tok pelam baru-baru ini.



Menurutnya, beliau mengetahui, terdapat ramai golongan berkenaan kerana mereka sering datang meminta bantuan dari pihaknya untuk menjelaskan pembayaran sewa rumah.



”Ramai yang menyewa rumah sebenarnya, ada RM40, ada RM100, RM200 sebulan, merata ada dan saya kenal sesetengah itu kerana datang kerumah saya minta bantuan sewa rumah,



”Orang-orang ini, saya minta En Ibrahim dan Jawatankuasa (Bertindak), tolong ambil nama-nama orang-orang begini, yang betul-betul menyewa rumah orang dan dhaif,



“Saya nak nama ni, saya nak pergi jumpa Menteri Besar, saya nak minta supaya orang ini juga diberi bantuan,”jelasnya.



Sehubungan itu, beliau berkata, Pangsapuri Gemilang yang dibina atas tanah Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) terletak dibelakang sekolah Ladang adalah hanya untuk disewa sahaja dan bukan untuk dijual.



Oleh itu, katanya, beliau telah mendesak supaya kerajaan menjadikan ia sebagai satu skim sewa beli bagi memudahkan rakyat memiliki rumah tersebut.


”Saya tanya Menteri Besar dalam Sidang DUN baru-baru ini, setakat ini, MB menjawab rumah yang telah siap dibina di Ladang Gemilang, adalah untuk sewa sahaja,



”saya memang desak dalam Dewan supaya ia diberi ‘sewa beli’, tapi dia (MB) tak buat keputusan lagi, kerajaan tak buat keputusan lagi,”katanya


Menurutnya lagi, terdapat dua jenis rumah di Pangsapuri tersebut kos sederhana rendah yang agak besar, berkeluasan lebih kurang 1800 kaki persegi dan kos rendah yang lebih kecil, lebih kurang 700 kaki persegi.


”Yang besar diberikan sewa RM800 sebulan, manakala yang kecil RM300 sebulan,”tambahnya



Gerakan Islam Terbesar Tanahair Sokong Penggunaan Nama Allah

Gerakan Islam terbesar tanahair, Parti Islam Se-Malaysia hari ini menyatakan sokongan kepada penggunaan Allah oleh masyarakat Kristian Katolik.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dibacakan Ketua Penerangan Idris Ahmad lewat jam 11.45 malam tadi, Presiden Pas Abdul Hadi Awang berkata sokongan ini konsisten dengan prinsip Islam dan Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan ini dicapai Lajnah Politik Pas selepas bermesyuarat hampir tiga jam di Pejabat Agung Pas Kuala Lumpur.

Biro pimpinan terkanan Pas menegaskan bahawa penggunaan nama Allah oleh penganut-penganut agama samawi - Islam, Krsitian dan Yahudi - boleh diterima.

Pendirian ini konsisten dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh Islam tanahair sebelum ini.

Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin dan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dinobatkan antara 500 pemimpin Islam paling berpengaruh di dunia turut menyokong penggunaan nama Allah oleh penganut agama Kristian.

Dalam nada tegas, Pas memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak menyalahguna nama Allah demi politik atau untuk mengelirukan masyarakat.

"PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat,"

Kes 'Allah' ini menguja kembali sejarah konflik antara masyarakat majmuk di negara ini, yang pernah terjerumus dalam rusuhan berdarah pada 13 Mei 1969.

Sebuah kumpulan pro-Melayu, Pribumi Perkasa, merancang untuk menganjurkan tunjuk perasaan pada Jumaat depan di masjid-masjid utama negara sebagai tanda bantahan.

Kerajaan Pusat turut berikrar untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan nama Allah oleh warta katolik, The Herald, minggu lalu.

Pas, selaku gerakan Islam terbesar negara, melalui presidennya Abdul Hadi Awang memberi amaran bahawa ia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menghasut atau mengambil tindakan provokasi yang boleh membawa kepada ketegangan agama.

Skandal Kementerian Pertahanan Dibawah Najib

Pendedahan RPK Siri Pertama :Bagaimana RM2 milion setahun menjadi RM21 milion setahun untuk tempoh selama 15 tahun.(alih bahasa)
Oleh : Raja Petra Kamarudin

Seperti yang dijanjikan,Malaysia Today akan mendedahkan laporan yang disokong dengan dokumen untuk membuktikan keanehan bagaimana Kementerian Pertahanan dibawah Najib Tun Razak menggunakan wang pembayar cukai.Semua insiden tersebut melibatkan salahguna kuasadan penyelewengan prosedur secara terang-terangan.Hari ini adalah siri pertama pendedahantersebut.

Sejak 1988, Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) lazimnya melatih pegawainya di Korat, Thailand, dengan kos belanja RM2 milion setahun.

Pada 2007, Timbalan Perdana Menteri waktu itu telah meluluskan penyewaan Aircraft Combat Manoeuvring Instrument (ACMI) daripada sebuah syarikat tempatan dengan kos berjumlah RM21 milion setahun – lebih sepuluh kali ganda daripada apa yang TUDM bayar bagi melatih pegawainya di Thailand.Penyewaan tersebut adalah untuk selama 15 tahun.

Kontrak tersebut berdasarkan ‘rundingan tanpa tender’ dan syarikat terbabit tidak mempunyai sebarang pengalaman sebelumnya dalam perniagaan tersebut.Kontrak melalui rundingan itu tidak dilakukan samada melalui prosedur biasa atau melalui saluran yang sepatutnya. Namun Perdana Menteri yang ada sekarang ini meluluskan kontrak tersebut dengan melanggar prosedur yang boleh di takrifkan sebagai penyalahgunaan kuasa.

Malaysia Today mula mendedahkannya dengan dokumen berikut. Banyak lagi berkaitan perkara ini akan didedahkan bagi membuktikan wujudnya banyak salahguna kuasa dan penyelewengan prosedur yang berlaku secara terang-terangan yang telah sekian lama oleh Kementerian Pertahanan dibawah Najib Tun Razak.

Klik untuk besarkan :



Polemik Kalimat Allah Ada Muslihat. -Nik Aziz



KOTA BARU, Jan 6 — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan polemik membabitkan penyokong parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan sejak Khamis lalu berhubung isu penggunaan kalimah "Allah" bagaikan adanya muslihat di sebalik tindakan mereka. The Malaysian Insider melaporkan.

Sehubungan itu kata beliau, kekeliruan yang wujud berhubung isu tersebut sebenarnya berpunca daripada fahaman "politik suku agama suku."


“Sehari dua ini timbul pasal kalimah ‘Allah’, Kristian boleh guna atau tidak. Dalam surat khabar bermacam-macam melaporkan mengenainya. Apa benda ni?


“Ambo (saya) rasa isu ini bukan sahaja setakat ada udang di sebalik batu, bahkan bekali (mungkin) ada buaya,” kata beliau sewaktu menyampaikan ceramah umumnya di Medan Ilmu malam tadi.


Kini tercetus kontroversi penggunaan kalimah "Allah" ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penggunaannya dalam penerbitan akhbar mingguan Herald.


Menteri Besar Kelantan ini berkata beliau hairan kumpulan yang mengkritik penggunaan kalimah “Allah” daripada digunakan oleh agama lain adalah dari kumpulan yang selama ini membezakan politik suku agama suku.


“Yang beriya-iya sangat panaskan perkara ini... faham ke kamu apa itu Allah?


"Bukankah Allah itu adalah tukang yang buat segala-gala. Buat manusia, berbagai kaum berbagai bangsa, berbagai agama. Buat oksigen, hidrogen dan lain-lain.


“Orang yang perbesar-besarkan isu ini adalah orang yang duk katakan agama suku politik suku lah.


"Siapa ajar ilmu semacam ini? Dia ajar orang lain tak boleh guna kalimah ‘Allah’ tapi dalam masa sama dia sebut agama suku politik suku. Tak faham pengertian kalimah Allah agaknya,” ujarnya.


Ahad lalu Nik Aziz membuat kenyataan penggunaan kalimah "Allah" oleh Herald mengikut pengamal agama samawi tidak menjadi kesalahan.


Namun apa yang membimbangkan masyarakat ialah jika kalimah ini disalahgunakan.


Kelmarin PAS mengeluarkan pendirian rasminya dengan menegaskan perkataan "Allah" dibenarkan untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.


Bagaimanapun PAS menegaskan penggunaan kalimah "Allah" secara salah dan tidak bertanggungjawab wajar dielakkan supaya ia tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.


Sementara itu, PKR dan PAS telah menyatakan pendiriannya semalam. Blog Ibnu Hasyim pula mencadangkan supaya diwujudkan sebuah Akademi 'Penjelasan Konsep Allah Menurut Islam' untuk menjelaskan lebih lanjut kepada masyarakat, sebagai resolusi hasil dari mesyuarat dan perbincangan antara AJK Kerja Grup Universiti Ulu Klang di Bukit Antarabangsa di sini semalam.


Mengenai perlaksanaan akademi tersebut, bolehlah diperpanjang dan diperbincang selanjutnya serta penerangan habis-habisan perlu digempurkan. (AK)


Sila lihat..


Template by - Abdul Munir