Sunday, June 07, 2009

Tiada musuh dalam selimut PAS




SHAH ALAM, 6 Jun - Dalam ucapan penggulungan sebentar tadi, Dato' Dr Ustaz Haji Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS menjelaskan beberapa isu yang timbul di kalangan ahli PAS baru-baru ini.


"Tidak ada musuh dalam selimut dalam PAS, " jelasnya bagi menafikan kenyataannya dalam akhbar tertentu yang mengatakan wujudnya musuh dalam PAS semasa membentang kertas kerjanya dalam majlis Sambutan Jubli Perak Dewan Ulamak baru-baru ini.


Beliau juga mengingatkan para perwakilan dan ahli PAS seluruhnya supaya berhati-hati dengan musuh yang sentiasa ada dalam liku-liku perjuangan Islam.


Di samping itu, beliau juga mengingatkan akan kewajipan mentaati arahan dan keputusan ketua dan wakil-wakil yang telah dilantik oleh para perwakilan.


"PAS perlu mempunyai mekanisme untuk menapis calon-calon yang bakal bertanding dalam pilihanraya," sarannnya lagi.

0 komen:

Template by - Abdul Munir