Lebih kurang dua bulan menjadi wanita pertama negara, Rosmah Mansor kini menjadi sasaran kempen negatif dengan tuduhan-tuduhan berat dan label liar "perempuan puaka" di internet.
Walaupun bukan kali pertama beliau diburuk-burukkan tetapi kali ini ia disediakan dengan lebih tersusun dalam bentuk siri dokumentari pendek.
Ia diolah dalam bentuk wawancara dengan beberapa individu yang didakwa ahli-ahli keluarga terdekat Rosmah dan kenalan dekatnya di kampungnya Gedong Lalang di Negeri Sembilan.
Adik lelaki Rosmah, ibu saudaranya dan sepupu lelakinya ditemubual di dalam rumah, selain satu babak menunjukkan sebuah rumah buruk yang didakwa kediaman asal ibu bapanya.
Tiga klip video tersebut yang mendakwa isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah melupakan asal-usulnya pertama kali diterbitkan 9 Jun lalu dan cepat disebarkan oleh beberapa blog setelah diumumkan di Malaysia Today.
Blog yang dikendalikan oleh Raja Petra Kamaruddin – yang mula-mula mengaitkan Rosmah dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibu yang kini menjadi kes mahkamah – mendakwa, video itu dirakam secara eksklusif untuk lamannya.
Siri kedua dan tiga klip video terbitkan "C4 Production House" selama 10 minit itu dimuatkan di Youtube.com masing-masing pada 11 Jun dan 15 Jun lalu.
Ketiga-tiga siri video tersebut kini ditonton lebih 200,000 kali – 154,890 untuk bahagian pertama, 86,273 bahagian kedua dan 51,299 untuk bahagian ketiga – dan mendapat perhatian besar di internet.
Menurut tinjauan melalui enjin pencarian terkemuka Google, ia dimuatkan kembali ke laman-laman web lain, termasuk di blog Pemuda PAS Wangsa Maju, Angkatan Muda PKR bahagian-bahagian Gelang Patah dan Kota Raja, serta laman web popular Tranungkite.net.
Penyebaran video itu juga mengundang reaksi balas laman web pro-Umno, antaranya Malaysia Instinct dan Isuhot Dot Com.
Semalam Malaysia Instinct mendakwa ia cuba bersungguh-sungguh menghubungi pihak yang ditemubual dalam video tersebut bagi mengesahkan kebenaran dakwaan itu tetapi gagal.
"Setiap kali kumpulan kami ke lokasi yang dinyatakan dalam video itu, demi mewawancara mereka yang menuduh, kami tidak mendapat sebarang respon positif," laporannya dipetik.
Namun, tambahnya, seorang anak balu wakil rakyat yang ditemubual kini bekerja dengan Jabatan Perdana Menteri dan berharap pegawai wanita boleh mendedahkan "siapa dan apa matlamat penerbitan video berkenaan."
Laman web itu juga mendakwa ia menerima emel yang membongkar latar belakang balu tersebut tetapi ia tidak mendedahkan siapa di belakang "C4 Production House".
Menepis dakwaan dalam video tersebut, Isuhot Dot Com pula berkata, Rosmah tidak pulang ke kampung halamannya kerana tiada lagi saudaranya tinggal di situ.
Ia mempertikaikan dakwaan-dakwaan yang dikatakan "tidak mempunyai bukti" dan "tuduhan yang tidak relevan dengan politik negara".
"Apa relevan dan kena-mengena dakwaan kononnya Datin Seri Rosmah percaya kepada dukun, tahyul dan pawang? Sudahlah tidak boleh membuktikan sama ada melalui rakaman kamera mahupun gambar, malah isu ini langsung tidak membabitkan isu politik," satu artikelnya 'Siapa Puaka Sebenar' dipetik.
"Apakah tujuan tuduhan ini dibuat? Ia hanyalah serangan berbentuk peribadi yang menggambarkan politik orang Melayu sudah berada dalam keadaan nazak.
"Mereka bercakap memperjuangkan agama tetapi mereka tidak pernah takut kepada Allah.
"Sungguh aneh pembuat dokumentari tersebut boleh berpura-pura terkejut dan beberapa kali menyebut nama Allah ketika merakamkan wawancara memburukkan orang," coret Isuhot Dot Com pada 17 Jun lalu.
Rosmah kini menarik perhatian kerana berbeza dengan bekas wanita-wanita pertama negara, beliau sering mendapat liputan media berhubung kerja-kerja sosialnya.
Antaranya, apabila beliau dikunjungi menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yew pada 10 Jun yang disifatkan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina di negara ini sebagai sesuatu yang "pelik".
SP:Padan muka mg!!!...sbb mg jahat ngat ekpon.....!!!!
Biografi
- Pemuda Pas Cawangan Ladang Tok Pelam
- Laman Blog Pemuda Pas Cawangan Ladang Tok Pelam
Kawan-Kawan
Berita Dari Pimpinan
-
-
Catatan Dhuha april 20195 years ago
-
-
AL-AQSA MENANGIS DARAH!9 years ago
-
Confidential Document10 years ago
-
-
-
HISHAM CAKAP POLIS BAIK GILER !13 years ago
-
-
-
-
Dewan Pemuda Pas Negeri/Kawasan/Dun/Cawangan
Thursday, June 25, 2009
Kempen video burukkan isteri PM
Dihantar oleh Pemuda Pas Cawangan Ladang Tok Pelam pada 6:55:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tarikh
Orang Mude Geng kite
Ruangan Bertakkruf
Artikel
-
▼
2009
(173)
-
▼
June
(85)
- Mahu RM300? Jangan undi di Manek Urai
- Kemenangan Manek Urai, wajib dipertahankan - Presi...
- Fauzi Abdullah, calon pilihan rakyat
- Tolong Ingatkan Saya!!!
- Rejab : Pengertian, Peristiwa Penting & Amalan
- Hapus segera PPSMI - Pemuda PAS
- Calon Manek Urai: Ada pemimpin Umno sudah kecewa
- Mufti Perak kurang terdedah sejarah politik Islam ...
- Umno kecundang, pimpinan PAS lebih pintar - Anwar
- Kempen video burukkan isteri PM
- Pro-Idris pertikai rombakan Hisham
- Perbicaraan Kes Liwat Ditangguh Ke 8 Julai
- Tidak ada lagi bincang kerajaan perpaduan - Presid...
- Bumbung stadium:Mampat syor tubuh badan bebas
- Khairy: Jangan jadikan pelajar bahan ujian PPSMI
- Umno T'ganu: Penyandang tiga jawatan utama digugurkan
- Polis tutup kawasan majlis jamuan DAP
- Eksklusif: Terbongkar, Siapakah Gerangan Si Isteri...
- Krisis Perak: Biar panel 11 hakim tentukan, kata N...
- PRK N41 Manek Urai (09) : TGNA, DSAI & LGE di Manek
- PAS tidak akan benarkan dirinya jadi talian hayat ...
- PAS umum calon Manek Urai 26 Jun
- Projek Pemuda PAS tawan Sabah, Sarawak
- BERTENANG, TUNGGU ARAHAN RASMI PARTI
- PAS UMNO : Beranikah Najib Penjarakan Anwar?
- Polis berdemo depan Pejabat Agung PAS
- PERHIMPUAN ANTI –ISA : LIMA PELAJAR DIDAPTI BERSALAH
- Tiada Kerajaan Perpaduan Tanpa DAP dan PKR
- PENJAWAT AWAM DILARANG GUNA MODEM UNTUK CAPAIAN TE...
- PERINGATAN!!!!!!!!!!
- 3,000 petugas Pemuda PAS akan ke Manek Urai
- Siasat misteri pembuangan 14 KP
- Demo anti-ISA dilancar di Parlimen esok
- Tindakan Nizar manifestasi hak rakyat Perak yang d...
- Buktikan PAS guna pendekatan samseng di Manek Urai...
- Surai perhimpunan pelajar Iran, polis keterlaluan
- Isu rasuah MRR2 kusutkan BN Terengganu
- Kabinet baru PAS Terengganu
- Senarai barisan kepimpinan Pemuda PAS 2009-2011
- Dua kali ditunda, demo besar sambutan 49 tahun ISA...
- Kit Siang : Speaker Tidak Layan 'Point of Order'
- Soalan Parlimen YB Permatang Pauh
- Video dimana perjuangan rakyat disekat
- Yb.Ir Nizar di halau..keluar dewan..
- Datuk Seri Ir Mohd Nizar angkat sumpah esok!!!!
- Kebangkitan PAS turut menarik perhatian Lee Kuan Yew
- Anwar: Benarkan Chin Peng pulang
- Anwar: Sedia bincang dengan Najib, tapi bukan k'ja...
- Zaid Ibrahim masuk PKR
- Stadium Runtuh; SPRM akan memanggil bekas Exco ker...
- SPRM Tahan Pemimpin UMNO Terengganu ?
- Faktor umur, PAS tiada calon sesuai di Manek Urai?
- AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT DAN PESURUHJAYA ...
- Mustafa Ali setiausaha agung baru PAS
- Muktamar ditangguhkan
- Media mainkan istilah 'Konservatif'
- Tiada musuh dalam selimut PAS
- Mohon penjelasan, rungkai kebenaran
- Penangguhan Kompleks PAS Pusat akan diperimbangkan...
- Sabar mengajak manusia ke arah kebaikan - Presiden...
- Memperkasakan Majlis Dewan Syura Ulamak-Perwakilan...
- Pas mesti menjadi parti semulajadi-Perwakilan Perak
- Ucapan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat-
- Setiausaha Agung Dilantik Bukan Dari Wakil Rakyat-...
- Istiqamah dengan akhlak Pejuang - PAS Kedah
- Isu Murtad dan soal anak-anak telah dibahasakan- P...
- Pas Selangor sedia berhadapan Umno soal "Kerajaan ...
- TOK GURU NIK ABD AZIZ NIK MAT SUMBANG RM 16,500 UN...
- Usul Kelab Penyokong di sebutkan
- Nasharuddin kekal timbalan presiden
- Hadi: Bersih nama PM dalam isu Altantuya
- Masa Mengundi Sedang Berjalan
- PAS tiada niat bersama Umno - Ustaz Nasharudin
- Mengucapkan Ribuan Terima Kasih/Jazakallah
- Ulama selar 'musuh dalam selimut'
- Ramzi dituduh kirim SMS ugut ADUN BN
- KEPUTUSAN PENUH PEMILIHAN JAWATANKUASA PEMUDA PAS ...
- Perwakilan Perak pakai baju hitam
- Implikasi Kes Antlantuya Di Seluruh Dunia
- Iklan Yang Patut Dikeluarkan Oleh Kerajaan Malaysi...
- Muktamar ke 55 - Persediaan PAS untuk menggantikan...
- Mantapkan fungsi PAS dalam Pakatan Rakyat, jangan ...
- Penyokong: Mat Sabu mampu buat 'kejutan'
- Pemuda PAS: Jangan biar isu Manohara jadi kes Alta...
- Stadium Runtuh????....sape yang dipersalahkan????
-
▼
June
(85)
0 komen:
Post a Comment