Bekas pegawai kanan menteri besar Terengganu, dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas empat tuduhan berhubung kes ugutan jenayah melalui SMS kepada tiga ADUN BN, April lalu.
Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, 37, bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh, tidak mengaku bersalah dan mahkamah menetapkan sebutan semula kes itu 19 Julai depan.
Dr Ahmad dibenarkan ikat jamin RM8,000 dan diarahkan supaya menyerahkan pasportnya, lapor Bernama.
Ahmad Ramzi kelihatan tenang ketika pertuduhan dibaca terhadapnya di hadapan Hakim Mohamad Khalid Abdul Karim.
Mengikut pertuduhan pertama, pada jam 11.21 malam 13 April lepas di E726 Jalan Kubang Parit, Kampung Kubang Parit di sini, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada Mohd Ariffin Abdullah, ADUN Paka, dengan niat hendak menyebabkan kegentaran kepadanya.
Ahmad Ramzi juga didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap Abdul Halim Jusoh, ADUN Permaisuri, pada tarikh, tempat dan waktu yang sama, dan juga terhadap Datuk Rosol Wahid, ADUN Ajil, pada jam 11.25 malam di tempat dan pada tarikh yang sama.
Untuk ketiga-tiga pertuduhan itu, Ahmad Ramzi boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan keempat pada tarikh dan tempat yang sama, antara 11.21 malam dan 11.25 malam, dia didakwa memfitnah Wan Ahamad Wan Muda dengan menghantar SMS yang mengandungi ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada Mohd Ariffin, Abdul Halim dan Rosol, melalui lamanweb http://ownsmsbiz.com/v1 dengan menggunakan nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.
Bagi kesalahan itu, Ahmad Ramzi boleh dihukum penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya, Ishak Mohd Yussof dan Andi Razalijaya manakala Ahmad Ramzi diwakili peguam Rosli Abdul Rahman.
SMS ugutan itu dijadikan alasan oleh tiga ADUN tersebut, bersama tujuh yang lain termasuk Idris, untuk tidak menghadiri sidang DUN Terengganu pada 14 April lalu.
Pemulauan itu, dengan alasan nyawa tiga ADUN tersebut tidak selamat, memulakan krisis politik di negeri tersebut apabila majoriti wakil rakyat BN mempertikaikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.
Krisis ini dianggap babak baru warisan pertembungan kuasa antara kumpulan pro-Idris dengan Ahmad, yang menggantikannya dalam suasana penuh kontroversi Mac tahun lalu.
Biografi
- Pemuda Pas Cawangan Ladang Tok Pelam
- Laman Blog Pemuda Pas Cawangan Ladang Tok Pelam
Kawan-Kawan
Berita Dari Pimpinan
-
-
Catatan Dhuha april 20195 years ago
-
-
AL-AQSA MENANGIS DARAH!9 years ago
-
Confidential Document10 years ago
-
-
-
HISHAM CAKAP POLIS BAIK GILER !13 years ago
-
-
-
-
Dewan Pemuda Pas Negeri/Kawasan/Dun/Cawangan
Thursday, June 04, 2009
Ramzi dituduh kirim SMS ugut ADUN BN
Dihantar oleh Pemuda Pas Cawangan Ladang Tok Pelam pada 7:10:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tarikh
Orang Mude Geng kite
Ruangan Bertakkruf
Artikel
-
▼
2009
(173)
-
▼
June
(85)
- Mahu RM300? Jangan undi di Manek Urai
- Kemenangan Manek Urai, wajib dipertahankan - Presi...
- Fauzi Abdullah, calon pilihan rakyat
- Tolong Ingatkan Saya!!!
- Rejab : Pengertian, Peristiwa Penting & Amalan
- Hapus segera PPSMI - Pemuda PAS
- Calon Manek Urai: Ada pemimpin Umno sudah kecewa
- Mufti Perak kurang terdedah sejarah politik Islam ...
- Umno kecundang, pimpinan PAS lebih pintar - Anwar
- Kempen video burukkan isteri PM
- Pro-Idris pertikai rombakan Hisham
- Perbicaraan Kes Liwat Ditangguh Ke 8 Julai
- Tidak ada lagi bincang kerajaan perpaduan - Presid...
- Bumbung stadium:Mampat syor tubuh badan bebas
- Khairy: Jangan jadikan pelajar bahan ujian PPSMI
- Umno T'ganu: Penyandang tiga jawatan utama digugurkan
- Polis tutup kawasan majlis jamuan DAP
- Eksklusif: Terbongkar, Siapakah Gerangan Si Isteri...
- Krisis Perak: Biar panel 11 hakim tentukan, kata N...
- PRK N41 Manek Urai (09) : TGNA, DSAI & LGE di Manek
- PAS tidak akan benarkan dirinya jadi talian hayat ...
- PAS umum calon Manek Urai 26 Jun
- Projek Pemuda PAS tawan Sabah, Sarawak
- BERTENANG, TUNGGU ARAHAN RASMI PARTI
- PAS UMNO : Beranikah Najib Penjarakan Anwar?
- Polis berdemo depan Pejabat Agung PAS
- PERHIMPUAN ANTI –ISA : LIMA PELAJAR DIDAPTI BERSALAH
- Tiada Kerajaan Perpaduan Tanpa DAP dan PKR
- PENJAWAT AWAM DILARANG GUNA MODEM UNTUK CAPAIAN TE...
- PERINGATAN!!!!!!!!!!
- 3,000 petugas Pemuda PAS akan ke Manek Urai
- Siasat misteri pembuangan 14 KP
- Demo anti-ISA dilancar di Parlimen esok
- Tindakan Nizar manifestasi hak rakyat Perak yang d...
- Buktikan PAS guna pendekatan samseng di Manek Urai...
- Surai perhimpunan pelajar Iran, polis keterlaluan
- Isu rasuah MRR2 kusutkan BN Terengganu
- Kabinet baru PAS Terengganu
- Senarai barisan kepimpinan Pemuda PAS 2009-2011
- Dua kali ditunda, demo besar sambutan 49 tahun ISA...
- Kit Siang : Speaker Tidak Layan 'Point of Order'
- Soalan Parlimen YB Permatang Pauh
- Video dimana perjuangan rakyat disekat
- Yb.Ir Nizar di halau..keluar dewan..
- Datuk Seri Ir Mohd Nizar angkat sumpah esok!!!!
- Kebangkitan PAS turut menarik perhatian Lee Kuan Yew
- Anwar: Benarkan Chin Peng pulang
- Anwar: Sedia bincang dengan Najib, tapi bukan k'ja...
- Zaid Ibrahim masuk PKR
- Stadium Runtuh; SPRM akan memanggil bekas Exco ker...
- SPRM Tahan Pemimpin UMNO Terengganu ?
- Faktor umur, PAS tiada calon sesuai di Manek Urai?
- AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT DAN PESURUHJAYA ...
- Mustafa Ali setiausaha agung baru PAS
- Muktamar ditangguhkan
- Media mainkan istilah 'Konservatif'
- Tiada musuh dalam selimut PAS
- Mohon penjelasan, rungkai kebenaran
- Penangguhan Kompleks PAS Pusat akan diperimbangkan...
- Sabar mengajak manusia ke arah kebaikan - Presiden...
- Memperkasakan Majlis Dewan Syura Ulamak-Perwakilan...
- Pas mesti menjadi parti semulajadi-Perwakilan Perak
- Ucapan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat-
- Setiausaha Agung Dilantik Bukan Dari Wakil Rakyat-...
- Istiqamah dengan akhlak Pejuang - PAS Kedah
- Isu Murtad dan soal anak-anak telah dibahasakan- P...
- Pas Selangor sedia berhadapan Umno soal "Kerajaan ...
- TOK GURU NIK ABD AZIZ NIK MAT SUMBANG RM 16,500 UN...
- Usul Kelab Penyokong di sebutkan
- Nasharuddin kekal timbalan presiden
- Hadi: Bersih nama PM dalam isu Altantuya
- Masa Mengundi Sedang Berjalan
- PAS tiada niat bersama Umno - Ustaz Nasharudin
- Mengucapkan Ribuan Terima Kasih/Jazakallah
- Ulama selar 'musuh dalam selimut'
- Ramzi dituduh kirim SMS ugut ADUN BN
- KEPUTUSAN PENUH PEMILIHAN JAWATANKUASA PEMUDA PAS ...
- Perwakilan Perak pakai baju hitam
- Implikasi Kes Antlantuya Di Seluruh Dunia
- Iklan Yang Patut Dikeluarkan Oleh Kerajaan Malaysi...
- Muktamar ke 55 - Persediaan PAS untuk menggantikan...
- Mantapkan fungsi PAS dalam Pakatan Rakyat, jangan ...
- Penyokong: Mat Sabu mampu buat 'kejutan'
- Pemuda PAS: Jangan biar isu Manohara jadi kes Alta...
- Stadium Runtuh????....sape yang dipersalahkan????
-
▼
June
(85)
0 komen:
Post a Comment