Thursday, May 21, 2009

YDP Kekal,TYDP Dan NYDP Berubah Bagi Kawasan K.Terengganu























KUALA TERENGGANU – Bendahari Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut kekal sebagai Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Kuala Terengganu dalam pemilihan jawatankuasa pada Mesyuarat Agung Pas Kuala Terengganu kali Ke-34, kelmarin.

Bagaimanapun, jawatan Timbalan dan Naib YPD menyaksikan perubahan baru apabila Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Dr Sulaiman Abdullah disingkirkan.

Kedua-dua jawatan tersebut iaitu Timbalan YDP dipegang ADUN Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar dan bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas negeri, Ariffin Deraman.

Selain itu, Hamzah Ngah terus kekal memegang peranan sebagai Ketua Urusan Ulama Kawasan Kuala Terengganu pada penggal ini.

Turut kekal adalah jawatan Ketua Pemuda Pas kawasan yang masih dipegang Ahmad Kamal Ali dan Ketua Muslimat Pas kawasan, Shamsiah Abu Bakar.

Sementara itu, jawatan lain yang belum diputuskan dijangka dimuktamadkan dalam mesyuarat Pas kawasan, 20 Mei ini.

0 komen:

Template by - Abdul Munir