Ketika penentangan majoriti ADUN Umno terhadapnya belum reda, menteri besar Terengganu menemui seorang tokoh utama PAS baru-baru ini – membuka pelbagai spekulasi baru.
Walaupun Datuk Ahmad Said dikatakan "hanya membeli dua ekor kambing" milik ADUN Manir, Datuk Harun Taib, seorang pemimpin Pemuda PAS membuat andaian sebaliknya.
Pertemuan Ahmad dengan bekas ketua Dewan Ulama PAS itu diadakan di rumah pemimpin pembangkang itu di Kampung Kubang Lembek dekat Kuala Terengganu minggu lalu.
Harun mengesahkan Ahmad membeli dua ekor kambingnya jenis boer.
Bagaimanapun timbalan ketua Pemuda PAS Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah memberitahu Malaysiakini, "tetapi saya rasa mereka ada urusan lain. Mungkin ada membincangkan isu-isu politik."
Ahmad berdepan dengan tindakan 18 ADUN Umno yang mahu menyingkirkannya daripada jawatan itu – yang disandangnya di tengah-tengah bantahan besar kumpulan bekas menteri besar, Datuk Seri Idris Jusoh, Mac tahun lepas.
Pertengahan bulan lalu, 10 daripada ADUN pro- Idris memulaukan persidangan DUN dengan alasan nyawa mereka terancam.
Tiga daripada mereka menerima SMS ugutan susulan ura-ura cuba membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad di persidangan tersebut.
Ketika dihubungi, Harun berkata Ahmad membeli dua ekor kambing jenis boer tetapi tidak mahu memberitahu harganya.
Ditanya sama ada mereka turut membincangkan isu politik khususnya membabitkan usaha 18 ADUN BN tersebut, Harun berkata, "kita bercakap kisah kambing sahaja."
"Tidak eloklah bercakap pasal lain kerana Datuk Ahmad datang hendak membeli kambing," tambahnya, yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Terengganu.
Harun antara pemimpin PAS yang dikatakan condong kepada aliran pro-rundingan PAS-Umno seperti juga pendirian pesuruhjaya negeri Datuk Mustafa Ali dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Harun bagaimanapun menambah, PAS negeri sedia berunding dan bekerjasama dengan Ahmad dan mana-mana pemimpin Umno lain.
Katanya, semasa sidang DUN lalu, beliau pernah menyebut bahawa PAS sedia berunding dengan pemimpin Umno negeri.
"Tetapi Ahmad tidak menjawab. Tapi kalau dia jawab, kita boleh berunding,” katanya.
"Kalau sungguh mereka hendak (berunding), saya sanggup bincang."
Biografi
- Pemuda Pas Cawangan Ladang Tok Pelam
- Laman Blog Pemuda Pas Cawangan Ladang Tok Pelam
Kawan-Kawan
Berita Dari Pimpinan
-
-
Catatan Dhuha april 20195 years ago
-
-
AL-AQSA MENANGIS DARAH!9 years ago
-
Confidential Document10 years ago
-
-
-
HISHAM CAKAP POLIS BAIK GILER !13 years ago
-
-
-
-
Dewan Pemuda Pas Negeri/Kawasan/Dun/Cawangan
Saturday, May 09, 2009
MB Umno ke rumah tokoh PAS
Dihantar oleh Pemuda Pas Cawangan Ladang Tok Pelam pada 6:56:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tarikh
Orang Mude Geng kite
Ruangan Bertakkruf
Artikel
-
▼
2009
(173)
-
▼
May
(58)
- PKR kekal kerusi Penanti, majoriti 5,558
- Ayah Ku Tetap Adun Ladang
- Sheikh Qardawi - Mogok lapar tidak haram bahkan di...
- Perlis: Anwar terima borang 320 ahli Umno
- Pemuda mencabar Mufti Perak Letak Jawatan Dan Bert...
- Bila Najib diusir dari Seri Perdana
- Hari ini terbukti dimana Ezam berbohong pasal 6 Ko...
- Pemuda mengucapkan tahniah kepada Bekas KP Pas Neg...
- Mustafa Ali umum senarai akhir calon bertanding
- PAS: Mogok lapar untuk bukan Islam
- Mogok lapar: 8 MP, ADUN ditahan
- DEBAT:Husam Musa Vs Zahid Hamidi
- Ulama PAS perlukan perubahan
- PAS: Husam sah cabar Nasharuddin
- Adakah wujud unsur diatur dalam keputusan mahkamah?
- Saingan empat penjuru di Penanti
- Foto misteri 'talkin untuk Umno'
- Pemuda tetap berdiri di belakang YAB Ir Haji Mohd ...
- Pemuda mengucapkan takziah kepada Keluarga Adun Ma...
- Umno usah degil pertahan kubu rapuh di Perak
- Mohon Mengadakan Solat Hajat Untuk Keputusan MB Pe...
- Najib bawa BN ke hujung senja
- Haron Din tarik diri tanding Timbalan Presiden PAS
- D-Day for Nizar and Zambry tomorrow
- 25 tahun menilai kepimpinan ulama
- Azizan tak bertanding Timbalan Presiden Pas
- PAS Permatang Pauh alu-alukan kedatangan petugas
- Mustafa Ali sahkan tiada aduan politik wang dalam ...
- Pemuda mengucapkan tahniah kepada ADUN LADANG kera...
- YDP Kekal,TYDP Dan NYDP Berubah Bagi Kawasan K.Ter...
- Pemuda mengikut ADUN LADANG Menziarahi Rakyat
- Senarai Penuh Calon Yang Bertanding Pada Muktamar ...
- Pemuda mengucapkan tahniah ke atas Semua Calon AJK...
- Hadi kekal presiden, 5 calon timbalan, 16 calon naib
- Kes pertama selsema babi di Malaysia
- Umno serba salah di Penanti
- Rakyat hakim terbaik selesai krisis Perak
- Pemuda Protes Kenaikan Harga Minyak 1 September..
- Nizar gantung dua pegawai kanan
- Umno T'ganu akan dirombak
- Nizar minta Zambry lepas jawatan MB
- Pemuda mengucapkan tahniah di atas kemenangan Nizar
- Dua MB, dua speaker : Mesti mohon restu rakyat - V...
- 'Kesabaran PAS ada batasnya' - Presiden PAS
- Pemuda Pas Cawangan Ladang Tok Pelam menyokong cal...
- SAJAK PENANTI
- MESYUARAT AGUNG KAWASAN KUALA TERENGGANU 2009-2011
- Manoharan kekal ADUN Kota Alam Shah
- Manfaatkan penulisan blog untuk perjuangan Islam
- Pengisian tarbiah perlu dibuka dengan perspektif l...
- Nik Abduh gagal rebut jawatan ketua Pemuda PAS K'tan
- Uthaya mungkin tubuh parti baru
- Pembebasan 13 Tahanan ISA kosmetik murah untuk ali...
- Institusi ulama atasi individu ulama - Pemuda
- Dato' SUK Perak didakwa "dalang" kekecohan Dun
- MB Umno ke rumah tokoh PAS
- Orang kanan Idris dikehendaki polis
- ONE BLACK MALAYSIA BKN ONE MALAYSIA
-
▼
May
(58)
0 komen:
Post a Comment