Tuesday, May 12, 2009

Nizar gantung dua pegawai kanan

nizar pc 110509 04











Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak menjalankan urusan hariannya dengan menggantung setiausaha kerajaan negeri Datuk Abdul Rahman Hashim dan penasihat perundangannya Datuk Ahmad Kamal Shahid.


Keputusan menggantung dua pegawai kanan ini - dilihat dekat kerajaan BN sejak rampasan kuasa awal Februari lalu - dalam mesyuarat tergempar exco malam tadi.

Menteri besar gabungan pembangkang itu Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diisytiharkan masih sah memegang jawatan tersebut oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Penggantungan itu "bukan balas dendam", katanya selepas tengah malam tadi di rumah sewanya di Sungai Rokam, dekat Ipoh.

0 komen:

Template by - Abdul Munir