Saturday, January 03, 2009

Wahid Calon Yang Sesuai! - Ketua Pemuda PAS Terengganu

Kuala Terengganu, 1 Jan - " Dia memang calon terbaik dan paling sesuai", ulas Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani berkenaan pemilihan Tn Haji Abdul Wahid Endut sebagai calon pilihan raya kecil dun Kuala Terengganu.


Mengulas lanjut, antara faktor pemilihan Wahid adalah pengalaman beliau sebagai exco kerajaan negeri semasa pemerintahan PAS di Terengganu pada penggal 2000-2004. Beliau juga dikenali di kalangan masyarakat sebagai seorang yang komited dalam menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan penglibatan dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Selain itu beliau juga memegang rekod selama 4 penggal berturut-turut menjadi Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Terengganu sejak tahun 1990 hingga kini. Lebih menarik beliau juga merupakan Adun Wakaf Mempelam sejak 1990 hingga sekarang. "Ini memberi jaminan pengundi kita tidak akan hilang malah memenangi pilihanraya ini", sambung Azman.


Seiring dengan pengistiharan calon PRK Dun Kuala Terengganu, Pemuda menjanjikan sokongan penuh kepada calon serta berharap agar jentera pilihan raya bekerja lebih keras bagi mencapai kemenangan dalam pilihan raya ini

0 komen:

Template by - Abdul Munir