SUNDAY, 04 JANUARY 2009 00:44 |
KUALA TERENGGANU, 4 Jan - Pilihanraya kecil Kuala Terengganu dijangka akan menjadi tempat kempen untuk pemilihan Agung UMNO pada Mac depan. Ini kerana tokoh-tokoh UMNO yang akan bertanding, masing-masing akan turun berkempen bagi menonjolkan diri mereka.
Saifudin Nasution berkata ketika berceramah di Kg Ladang Mengabang, bahawa hotel-hotel utama di Kuala Terengganu kini akan di dipenuhi oleh VVIP UMNO. Mereka ini ialah calon-calon bagi jawatan tertinggi UMNO dan datang bukan untuk berkempen bertemu pengundi tetapi hanya untuk berkempen pemilihan UMNO yang akan diadakan pada bulan Mac ini.
"Wanita (UMNO) pula buat julung-julung kalinya, pengarah pilihanraya bagi wanita UMNO Malaysia, secara tradisinya ialah Naib Ketua Wanita sepatutnya Shahrizat, tetapi untuk Kuala Terengganu Rafidah sendiri yang akan jadi pengarah," kata beliau.
Ini bukti tindakan Rafidah yang terdesak mengenepikan Shahrizat. Sedangkan Rafidah sendiri pernah berjanji akan menyerahkan jawatan Ketua Wanita kepada timbalannya itu pada tahun ini. Dengan itu, jika UMNO menang pilihanraya ini Rafidah akan mempunyai saham yang tinggi untuk memenangi pemilihan UMNO akan datang.
Menurut beliau, jentera kempen utama UMNO ialah TV3, Berita Harian dan Utusan. Jentera inilah yang akan menyebarkan propaganda yang tidak betul mengenai PAS dan Pakatan Rakyat, sementara pemimpinnya berkempen untuk pemilihan UMNO.
UMNO dilihat masih kurang bersedia untuk menghadapi pilihanraya kecil di Terengganu dengan pelbagai masalah dalaman yang timbul. Ini akibat sengatan tsunami politik yang belum hilang serta ditambah dengan kekalahan besar di pilihanraya kecil Permatang Pauh. Keputusan Pilihanraya ini juga bakal menentukan suasana pemilihan Agung UMNO akan datang serta nasib Najib yang akan menggantikan Pak Lah.
"Walau bagaimanapun, petugas PAS perlu terus bekerja ke arah kemenangan dengan penuh tawakkal dan tidak terpengaruh dengan pakaian UMNO yang semakin terlondeh," ujarnya lagi. |
Biografi
- Pemuda Pas Cawangan Ladang Tok Pelam
- Laman Blog Pemuda Pas Cawangan Ladang Tok Pelam
Kawan-Kawan
Berita Dari Pimpinan
-
-
Catatan Dhuha april 20195 years ago
-
-
AL-AQSA MENANGIS DARAH!9 years ago
-
Confidential Document10 years ago
-
-
-
HISHAM CAKAP POLIS BAIK GILER !13 years ago
-
-
-
-
Dewan Pemuda Pas Negeri/Kawasan/Dun/Cawangan
Sunday, January 04, 2009
Pilihanraya kecil, medan kempen pemilihan Agung UMNO?
Dihantar oleh Pemuda Pas Cawangan Ladang Tok Pelam pada 1:59:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tarikh
Orang Mude Geng kite
Ruangan Bertakkruf
Artikel
-
▼
2009
(173)
-
▼
January
(16)
- Penyanyi AMERIKA cipta lagu pertahan GAZA.
- "Potong Jari Jika UMNO Berani Berubah!!"
- Jika Malaysia diserang
- UMNO SUDAH HABIS GAS
- Amanat T0K GURU PRESIDEN selepas kemenangan PAS di...
- Umpan BN gagal santau pengundi Kuala Terengganu
- Mati Dalam Lokap
- Pilihanraya kecil, medan kempen pemilihan Agung UMNO?
- 1000 sura ke pintu rumah
- Pencalonan Wahid, PAS menang pusingan pertama
- Hanya Gula UMNO
- Pakatan Rakyat Martabatkan Melayu
- Hj Abd Wahid Endut diumum calon PAS
- Wahid Calon Yang Sesuai! - Ketua Pemuda PAS Tereng...
- Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda Pas T...
- kelab penyokong pemuda pas
-
▼
January
(16)
0 komen:
Post a Comment