Sunday, January 04, 2009

1000 sura ke pintu rumah

SATURDAY, 03 JANUARY 2009 22:17
"kalau tidak kerana bulan,
bintang takkan berseri-seri,
sudah ditakdirkan tuhan,
dapat kita semua ke mari"
Pantun aluan dari pengerusi majlis menceriakan suasana Majlis Mengacau Sura Perdana bersama Dato' Seri Presiden PAS di UPU Sungai Rengas di sini, pagi tadi.
Menurut Ketua UPU Sungai Rengas, Haji Abdul Wahid, majlis yang berlangsung di awal pagi itu melibatkan petugas di ketiga-tiga UPU di bawah Sungai Rengas, iaitu Kubang Tangga, Sungai Rengas dan Pulau Musang.

Turut serta berganding prihatin membantu, petugas dari MTD Bujal yang mengenakan t-shirt putih bertulis "prihatin Bujal 26 hb Mei" turut menarik perhatian.

Ketibaan Dato' Seri Presiden Hadi Awang kira-kira jam 11.30 pagi itu disambut Timbalan Pesuruhjaya Negeri, Ustaz Abu Bakar Chik, Haji Abdul Wahid, Ketua UPU Sungai Rengas dan penduduk sekitar.


Dato' Seri Presiden turut sama mengambil bahagian mengacau sura bersama-sama petugas lain sebelum merasmikan program tersebut.

"Sura yang telah siap dibungkus akan dihantar petugas ke setiap rumah di ketiga-tiga UPU Sungai Rengas, 1000 bungkusan sura akan selesai diserahkan dari rumah ke rumah," tambah Haji Mohammad Sulong selaku pengarah program tersebut.

Sambil menyatakan penghargaan kepada semua petugas yang mula berkerja keras seawal 4 pagi bagi menjayakan program itu, beliau berharap dengan program tersebut dapat mengikat tali persaudaraan tanpa mengira batas agama, kaum dan pegangan politik.








0 komen:

Template by - Abdul Munir