Saturday, January 03, 2009

Pakatan Rakyat Martabatkan Melayu

SATURDAY, 03 JANUARY 2009 11:45

Kuala Terengganu, 3 Jan- Sikap UMNO yang suka menabur janji manis sebelum pilihanraya sepatutnya diambil iktibar oleh rakyat Terengganu untuk membuat perubahan dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari nanti.


"Malah semasa sepenggal pemerintahan PAS dulu, kerajaan pusat yang ambil tindakan menghalang pelabur masuk ke Terengganu.Ini menunjukkan UMNO tak hiraukan rakyat, tapi berlainan dengan PAS yang mendahulukan kebajikan dan kesejahteraan rakyat", ulas Hj Abdul Rahman Yusof,pegawai khas Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis ceramah umum kepada penduduk sekitar Dun Wakaf Mempelam malam tadi. Majlis turut dihadiri oleh Tuan Guru Presiden PAS, Calon PRK P036 Tn Hj Abdul Wahid Endut serta ADUN Bukit Tunggal, Dr Alias Razak.



Mengulas lanjut, 45% daripada undi yang diraih UMNO masa PR ke-12 lepas adalah dari negeri-negeri miskin seperti Sabah, Sarawak dan juga Terengganu. Selepas pemerintahan, masih tiada pembaharuan dibuat terhadap tahap kemiskinan di negeri-negeri tersebut.


Abdul Rahman juga mengingatkan pengundi agar tidak terpengaruh dengan media perdana yang menuduh Pakatan Rakyat akan mengabaikan martabat bangsa Melayu juga Islam. Tambahnya,ini hanya agenda UMNO yang sudah kehabisan isu untuk dipalu dalam PRK Parlimen Kuala Terengganu ini.


" Baru-baru ini, semasa pelancaran Amanah Saham sebanyak 2 billion yang terbuka kepada semua, tak sampai 1 jam semua saham tersebut sudah terjual. Sedangkan, Amanah Saham yang hanya dibuka untuk golongan Bumiputera tak laku. Ini menunjukkan Melayu miskin, tak mampu nak beli saham. Jadi, kat mana kita nak kata yang UMNO tu memartabatkan Melayu?".


Sambungnya, semasa pemerintahan Barisan Nasional di Selangor, tender-tender kerja untuk pembangunan perumahan yang dianugerahkan kepada syarikat-syarikat kecil tidak mampu menguntungkan syarikat tersebut terutama bangsa Melayu. Ini menunjukkan berlakunya korupsi dalam pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu sendiri.
"Jadi, kat mana UMNO memartabatkan bangsa Melayu?".


Isu pembuangan pekerja di syarikat swasta mahupun perkerja kontrak di sektor awam turut merisaukan Pakatan Rakyat. Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah mencadangkan usul tergempar di parlimen untuk membincangkan kesan kemelesetan ekonomi dunia kepada negara juga ditolak oleh Dewan Rakyat di parlimen. Walhal, World Investment Report menunjukkan kadar kemasukan pelaburan ke dalam negara sudah mencapai tahap negatif apabila dibandingkan dengan kadar pelaburan ke luar negara. Ini menunjukkan pelabur sudah mula menarik pelaburan mereka keluar dari Malaysia. Apa usaha kerajaan Barisan Nasional terhadap isu ini? Mereka masih bermanis mulut untuk menipu rakyat dengan menyatakan ekonomi Malaysia tidak terkesan dengan kemelesetan dunia.


UMNO juga jelas menipu dan tiada keselarasan dalam menjawab isu-isu semasa. Sebagai contoh, Datok Wan Farid, calon UMNO di PRK Parlimen Kuala Terengganu menyatakan rasa kesal serta mengecam tindakan Israel yang terus menerus menyerang sasaran pejuang Palestin serta orang awam di Gaza. Namun, bila Pemuda PAS Pusat, YB Salahuddin Ayub yang juga ahli parlimen Kubang Kerian mencadangkan usul tergempar untuk membincangkan isu kekejaman Israel di parlimen, ianya ditolak oleh ahli dewan.


Kesungguhan UMNO untuk memerangi rasuah juga hanya hangat-hangat tahi ayam. Kes-kes rasuah berprofil tinggi hanya didiamkan tanpa siasatan lanjut. Hanya "anak-anak ikan" sahaja yang ditangkap.


Mengakhiri ceramah beliau, Hj Abdul Rahman menyeru rakyat di Kuala Terengganu agar menyokong calon PAS, Tn Hj Abdul Wahid Endut. Hanya dengan Pakatan Rakyat, kebajikan rakyat serta kedaulatan Melayu dan Islam akan terjamin.


0 komen:

Template by - Abdul Munir