"Pemberian ini bukan bertujuan memancing undi. Ia telah lama diluluskan, cuma kebetulan diumumkan ketika ini (sewaktu kempen Pilihan raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu)," begitulah lebih kurang hujah 'loyar buruk' beberapa pemimpin BN.
Iklan
Umpan BN gagal santau pengundi Kuala Terengganu Oleh MAT ZAIN MAT ISA
"Pemberian ini bukan bertujuan memancing undi. Ia telah lama diluluskan, cuma kebetulan diumumkan ketika ini (sewaktu kempen Pilihan raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu)," begitulah lebih kurang hujah 'loyar buruk' beberapa pemimpin BN.
Jika anda seorang yang mengikuti dan mengamati perkembangan kempen pilihan raya kecil itu yang baru berakhir Sabtu lalu, tidak munasabah anda terlepas dari mendengar atau membaca ungkapan itu. Ia pertama kali disebut calon BN, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh, lebih seminggu sebelum proses penamaan calon. Beliau mengulas pengumuman peruntukan RM6.1 juta untuk kaum Cina Kuala Terengganu oleh Menteri Besar, Dato' Ahmad Said.
Peruntukan itu tidak termasuk sejumlah lagi untuk beberapa persatuan agama, persatuan ibu bapa dan guru sekolah Cina serta bantuan dana khas sempena Tahun Baru Cina. Meskipun menganggap bantuan itu tanggungjawab kerajaan untuk rakyat, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali, menilainya ada tujuan politik.
Ekoran kenyataan itulah Wan Farid, yang sebelumnya telah diisytiharkan bakal calon BN, menafikan pemberian itu bermotif politik. Beliau malah mendakwa peruntukan tersebut telahpun diluluskan sewaktu Allahyarham Dato' Razali Ismail masih hidup. Ia hanya "kebetulan" tidak sempat disempurnakan Razali. Hujah serupa dipinjam Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, ketika mengulas bidasan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang menyifatkan beberapa projek segera dilaksanakan BN dalam kawasan pilihan raya adalah rasuah politik.
Di antara projek segera dimaksudkan ialah pembinaan jalan raya dan jambatan di beberapa kampung di bawah peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Seperti Wan Farid, Muhammad selaku menteri berkenaan juga menda