Saturday, January 24, 2009

Penyanyi AMERIKA cipta lagu pertahan GAZA.

"Pertama kali saya dengar lagu yang dinyanyikan penyanyi Amerika Syarikat dari Los Angeles bernama Michael Heart di Radio IKIM jam 10 malam tadi Khamis 22 Januari 2009 meremang bulu roma saya. Irama dan senikatanya begitu menusuk jiwa. Ianya menceritakan bagaimana rakyat Palestin tidak sekali-kali akan tunduk pada keganasan rejim zionis sekali pun pemimpin dunia tidak mempedulikan mereka. Bakarlah masjid, rumah dan sekolah, sekali-kali kami penduduk Gaza tidak akan patah semangat dan akan terus berjuang.


Pada mulanya nak “download” lagu ini dikenakan bayaran untuk tujuan kebajikan penduduk Palestin. Tapi sebab dah ramai sangat muat turun Michael beri percuma sahaja, dengan syarat lepas tu dermalah pada mana-mana pertubuhan yang bantu rakyat Palestin atau pada UNRWA.






WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)(Composed by Michael Heart)Copyright 2009

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight

You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die

We will not go down
In Gaza tonight

"Potong Jari Jika UMNO Berani Berubah!!"

" Setiap kali tewas pilihanraya, pemimpin-pemimpin UMNO kelihatan seperti cacing kepanasan. Bermula dengan kekalahan dalam PRU ke-12, PRK Permatang Pauh dan baru-baru ini PRK Kuala Terengganu, demam UMNO nampak seperti tidak kebah-kebah.


Tapi demam lepas PRK Kuala Terengganu ini nampak seperti lebih dahsyat dari demam selepas PRU ke-12 dan PRK Permatang Pauh dahulu. Mungkin pemimpin-pemimpin UMNO fikir mereka boleh bangun semula di Kuala Terengganu selepas 2 siri kekalahan sebelum ini.


Lagipun Kuala Terengganu adalah kerusi milik BN bukan kerusi milik PR seperti di Permatang Pauh. Suatu lagi berdasarkan sejarah lampau BN selalu keluar sebagai pemenang dalam PRK, malah kawasan yang secara tradisi dipegang pembangkang pun seperti DUN Permatang Pasir dan Parlimen Pendang pernah mereka rebut dalam PRK.


Tetapi dalam PRK di Kuala Terengganu baru-baru ini mereka tewas dengan majoriti besar. Rasa malu akibat kalah menyebabkan ramai pemimpin UMNO yang meracau. Lalu pelbagai yang mereka katakan tentang parti UMNO, sesetengahnya adalah kata-kata yang selama ini keluar dari mulut PAS, PKR dan DAP.
Lihat apa yang pemimpin-pemimpin UMNO katakan terhadap parti mereka dan rakan-rakan mereka:

- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak: Pemimpin Umno kurang mesra dengan pengundi.



- Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin: UMNO telah hilang daya penarik terutamanya di kalangan orang muda.



- Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato Seri Khir Toyo: Imej BN ketinggalan zaman

- Exco Pemuda Umno, Datuk Idris Haron: Umno hilang daya tarikan di kalangan rakyat kerana masih terikat dengan cara lama.


- Ketua Wanita Umno Terengganu, Wan Ramlah Wan Ahmad: Pengundi wanita di kawasan Parlimen Kuala Terengganu akan menolak Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum akan datang.

- Ketua Pemuda Umno Johor, Datuk Razali Ibrahim: Pemimpin Umno kini kurang mesra dengan rakyat sehingga menimbulkan tanggapan bahawa parti itu tidak mesra rakyat.


- Timbalan Pengerusi UMNO Perlis, Dato Zahidi Zainul Abidin: Orang Melayu kini muak dengan UMNO

Kata-kata beberapa orang kuat UMNO itu seolah-olah menggambarkan UMNO telah insaf dan ingin berubah agar kembali diterima rakyat.
Tetapi adakah UMNO akan berubah dan jika berubah bagaimana bentuk perubahan itu?

Beberapa hari lepas saya ada bercakap dengan seorang bekas pemimpin UMNO di peringkat Bahagian yang kini menyeberang ke parti lain di bawah PR. Dia tidak percaya UMNO akan berubah kerana berdasarkan pengalamannya parti itu lebih berpaksikan wang dan kuasa. Katanya UMNO bukan cuma setakat parti politik tetapi sebuah syarikat yang berasaskan perniagaan. Ramai pemimpin yang berjuang untuk wang dan kuasa dan bukan untuk rakyat. Rakyat pula semakin cerdik dan dapat menilai pemimpin-pemimpin mereka. Apabila mereka nampak pemimpin hanya mementingkan diri sendiri mereka tanpa ragu-ragu akan menolaknya.


Bila saya tanya apa perubahan yang rakyat harapkan dari UMNO, dia menjawab "macam-macam". Contohnya ialah Kerajan Pusat perlu menjadi kerajaan yang gentlemen, jangan bermusuh dengan Kerajaan Negeri yang dikuasai PR. Hormati keputusan rakyat yang memilih PR dengan menyalurkan peruntukan sama-rata kepada Kerajaan Negeri di bawah PR, menerapkan kebebasan media, mengelakkan politik wang, mengelakkan ahli politik peringkat atasan terbabit dalam perniagaan yang menyebabkan mereka tiada masa mendampingi rakyat, jangan berlagak elit di hadapan rakyat dan lain-lain sifat menarik .


Bila saya katakan UMNO pasti akan mengkoreksi diri dan berubah selepas ini, rakan itu tidak percaya dan berkata, "Jika nak berubah, UMNO dah lama berubah sejak lepas PRU dulu lagi. Tapi UMNO tak berubah. Jika UMNO berubah, aku berani potong jari ini!" sambil menunjukkan jari telunjuknya. Ngeri saya mendengar kata-katanya yang berani mengorbankan jarinya itu.
Nampaknya dia yakin benar UMNO tidak akan berubah! Dalam hati saya berharap UMNO benar-benar tidak berubah bagi menyelamatkan jari rakan saya itu terputus!!

Jika Malaysia diserang

" Dari kengkawan Buat renungan...

Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain... Apabila negara-negara islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir... kita sering mendengar pemimpin-2 kita menggunakan modal seperti ini.." Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai..." Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku.


Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka.
Jadi, untuk sejenak cuber kiter berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara Islam yang lain plak jadik cam kiter?

MALAYSIA DISERANG ???
untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa. (Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas... ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia... lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan.


Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia... AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin.


Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hizbullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.


Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin.


Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita... YB Wakil Rakyat... Parlimen dan ADUN... Tauke-tauke Cina yang kaya... semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.


Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya.

Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab... Khalifah Ali Abi Thalib... Khalifah Khalid Al-Walid...
Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi... yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.


SAAT Peperangan bermula...

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom... melancar peluru berpandu... membedil... menembak Rakyat Malaysia... mereka membunuh Orang tua...
perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita... sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!


AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh silih berganti...

Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang... datang lagi pesawat musuh silih
berganti... Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO...
diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya... menghujani bom-bom dan roket...kemudian Johor dan negeri
sembilan dapat ditawan tentera musuh.


Anda di berada di Kedah... Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara... tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda...
menentang pintu rumah anda... anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah...

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda... sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia... muncung senapang ditujukan di kepala anda... Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006... diajukan muncung senapang...

DAMMMMMM... anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu... Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak... anda tidak mempunyai perasaan apa-apa... sekarang berlaku kepada diri
sendiri... baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata...

Anda menangis ketakutan...

Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak... untuk dijadikan habuan tentera dalam kem.
Anda dipukul
separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati... tetapi umur anda masih panjang... anda masih hidup... anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri...

Anda mengalirkan air mata... INGAT AKAN ALLAH...

Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.


Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri... Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini... Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata... Anak kecil ditembak didepan mata... Isteri dirampas untuk diperkosa... didepan mata!!!
kawan-kawan... sahabat taulan... ramai yang terkorban...dan tidak kurang juga yang cedera parahh...

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar.
Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua
dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri... mereka tidak bernasib baik seperti anda...

Diatas bukit itu juga... anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat... mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah... tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa... Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti....

Apa yang anda Harapkan pada masa itu????

Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali...
BANTUAN ALLAH... BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH...

ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA... ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!! ANDA
MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA, SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN... BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI...

Tetapi tunggu punya tunggu... bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba...

ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN menyatakan:

"Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia "
(Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)

"Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti... setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu"(Presiden NAM )

"Alhamdulillah... Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan... Kita semua patut bersyukur... kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali
dalam suasana yang aman harmoni", Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai.
(Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)

"Tak apa... selepas peperangan tamat... Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia " Wakil Penduduk
Islam Selatan Thailand )

"Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan" Pemimpin Arab Saudi)...bagi
komen dan pendapat...

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM
SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA
MEREKA??

UMNO SUDAH HABIS GAS

Umno hilang daya tarikan’ Kata Tan Sri Muhyudin, itulah tajuk berita Utusan Malaysia 20hb Jan 2009 Selasa melaporakan daripada MANAMA (Bahrain) UMNO perlu segera melakukan perubahan radikal bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap parti itu yang sudah hilang daya tarikan serta membolehkannya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah tersebut perlu kerana UMNO kini dibelenggu oleh pelbagai persepsi negatif yang dilontarkan terhadap parti itu. “Kita perlu ada wow factor (daya tarikan) supaya pengundi kembali kepada kita.
Kini kita kehilangan faktor itu dan kita perlu mencari jalan untuk mendapatkan ia
kembali.



Inilah komen Tan Sri Muhyuddin mengenai kekalahan BN dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu 17Jan 2009. Pertandingan tiga penjuru yang melibatkan calon Pas, Mohd.
Abdul Wahid Endut yang memperolehi 32,883 undi menang dengan majoriti 2,631 undi, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (30,252), manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @
Adam hanya meraih 193 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan

Sebenarnya apa yang berlaku ialah perjuangan Umno sudah tidak relevan dengan tuntutan semasa. Umno dalam kempennya masih lagi dengan modal lama iaitu pembangunan. Kempen ini sesuai di zaman Raja Bersiong bukan zaman langit terbuka.

Nada kempen “kalau undi BN dapat pembangunan, kalau undi pembangkang negeri akan mundur”

Kempen seperti ini sudah tidak sesuai bagi sebuah negara yang hendak hendak masuk 52 tahun merdeka. Sekarang pengundi sudah matang. Mereka sudah memahami bahawa siapa sahaja yang memerintah dia akan membuat pembangunan. Kalau tidak ada Umno/BN pembangunan tetap dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan yang dipegang oleh manusia. Kerana fitrah manusia yang Allah beri kepada mereka otak yang sentiasa mencari dan mencuba untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupan mereka. Sebab itu manusia disebut sebagai “haiwan madaniyun” iaitu makhluk yang berkembang.
Justeru itu Allah
amanah kepada manusia untuk mentadbir muka bumi ini sebagai khalifah. Allah tidak wariskan kepada binatang yang otaknya tidak berkembang. Sebab itu lembu daripada zaman purbakala makan rumput hinggalah tahun 2020. Lembu tetap makan rumput jangan kita andaikan lembu apabila dunia sudah maju dia akan makan bugger.


Generasi muda yang menjadi pengundi pada hari ini mereka ialah generasi yang celik maklumat. Mereka tidak akan mudah diperbodohkan oleh pemimpin Umno/BN dengan gula-gula pembangunan dan ugutan. Mereka tahu membezakan antara intan dan kaca.
Mereka hendak pembangunan yang dilaksanakan biarlah manfaat untuk semua rakyat
jelata. Bukan pembangunan yang hanya dinikmati oleh juak-juak pemimpin Umno Contohnya apa yang rakyat dapat daripada program Monsun Cup yang menelan belanja tidak kurang RM250 juta setiap tahun.
Mereka mempersoalkan berapa banyak rumah nelayan yang terdapat di sekitar Pulau Duyung boleh dibina dengan wang sebannyak
itu. Rakyat dapat hampas, kroni dapat isi dan kuah. Generasi baru tidak rela melihat pembangunan yang hanya dinikmati oleh segelintir anak beranak pemimpin Umno/BN sahaja, sedangkan ia tidak melimpah kepada rakyat. Mereka marah kenapa rakyat Terengganu termiskin nombor dua di Malaysia selepas Sabah.
Sedangkan Terengganu ada
hasil minyakl . Kenapa masih ramai lagi rumah yang tidak layak berada di tengah Bandar Kuala Terengganu yang dipenghuni oleh setinggan yang tidak sesuai wujud di negeri Kuwait Malaysia. Mereka bertanya kemana wang royalty minyak dibelanjakan.

Generasi muda pada hari ini adalah orang yang anti rasuah. Mereka tahu bahana rasuah apabila menimpa dalam sebuah negara. Sikap ini tidak pernah diperdulikan oleh pemimpin Umno/Bn malahan indeks rasuah semakin meningkat bukan semakin baik.
Akibat
rasuah nilai projek sepatut boleh buat dua jambatan di kampung mereka tetapi hanya boleh membina satu jambatan sahaja di kampung mereka. Sebab itu Umno boleh tipu orang dalam sentengah masa tetapi ia tidak boleh menipu orang dalam semua masa.



Walaupun Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dalam nada menyindir berkata, BN juga perlu menjadi seperti Pas yang suka menabur janji-janji kosong setiap kali pilihan raya kecil diadakan asalkan mengundi parti itu boleh masuk syurga.
Saya hairan, mengapa mereka percaya pada Pas yang tidak buat apa-apa kerja tapi menjanjikan syurga dan menolak BN yang banyak membuat pembangunan di sana,"
(Utusan Malaysia 19/1/2009)
Kita hendak tanya bila kita janjikan syurga kepada para pengundi? Saya hendak cadangkan supaya Ali Rustam cadangkan kepada penceramah Umno supaya janji siapa yang
undi Umno/BN dapat syurga. Kami sikit tidak marah. Biarlah masyarakat menilai bahawa undi BN dapat syurga.

Sebenarnya apa yang berlaku hendak menunjukkan bahawa memang Umno sudah tidak lagi boleh kekal lama dan Umno sudah tua seperti yang disebut oleh Tun Musa Hitam mantan
Timbalan Perdana Menetri Malaysia. Umno kena tinggal ideologi lapok mereka yang tidak mempunyai hala tuju. Ideologi sekular yang Umno pejuangkan akan menemui ajal dan tidak sesuai dengan fitrah manusia. Semua ideologi manusia tersunggkur di muka bumi ini. Dasar pragmatism (berubah-berubah) ikut suasana sudah tidak sesuai di era ini. Rakyat benci dengan sikap bermuka-muka dan menjadi bahan ketawa dan mainan orang sahaja. Kalau ideologi komunis boleh tersungkur dalam masa 70 tahun oleh pengikutnya sendiri, maka Umno juga akan roboh melalui pengikutnya juga yang tidak tahu apa yang mereka pejuangkan selama ini.
Benarlah firman Allah SWT” Allah menanamkan rasa takut ke dalam hati mereka, sehingga mereka memusnahkan rumah-rumah
mereka dengan tangannya sendiri dan dengan tangan orang-orang
mu’min.
Maka ambillah (kejadian itu) untuk menjadi pelajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan” al-Hasyr, 59:2


Umno hanya boleh bertahan kerana ia ada kuasa dan jentera kerajaan. Sebab itu kita boleh melihat yang menggerakkan jentera pilihanraya Umno di Kuala Terengganu ialah semuanya egensi kerajaan. Kalau hendak harapkan jentera parti ia tidak akan bermaya. Umno perlu ingat apabila jentera kerajaan mereka bekerja ikut waktu dan masa.
Setiap
tayar yang bergolek semuanya perlu disediakan wang. Berapa ramai pula pegawai kerajaan yang dikerah untuk membantu pilihanraya Kuala Terengganu adalah dari kalangan mereka yang menyokong dan simpati dengan Pakatan Rakyat. Sampai bila Umno boleh bertahan dengan sikap demikian rupa. Sekarang 5 negari Umno sudah tidak bermaya dan sudah lumpuh.
Ada setengah tempat hendak buat mesyuarat Umno cawangan
terpaksa buat di kedai kopi kerana tidak ada tempat. Selama ini pejabat Umno ialah hak milik kerajaan. Sekarang apabila Umno kalah maka tidak ada tempat untuk bergantung lagi. Ini berbeza dengan Pas dan Pakatan Rakyat kita tegak diatas keringat dan usaha pengorbanan di kalangan ahlinya sendiri. Umno bergerak dengan upah, bukan dari hati yang suci. Sebab itu di hari mengundi kita boleh lihat bagaimana bangsal panas Umno hanya meriah dalam beberapa jam sahaja selepas itu keadaan menjadi lengang, kerana bayaran setakat itu sahaja. Dari segi moral mereka sudah kalah. Ia berbeza dengan bangsal panas Pas sentiasa dipenuhi sampai tutup pintu pagar tempat mengundi. Confirmlah Umno sudah habis gas dan tidak mampu lagi untuk menyalakan dapor perjuangan mereka dan menunggu hari untuk di talqinkan oleh ahlinya sendiri.

Amanat T0K GURU PRESIDEN selepas kemenangan PAS di KT.

Medan Kuala Terengganu Untuk Tumbangkan UMNO dan Barisan Nasional
(Transkrip Penuh Ucapan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Majlis Ceramah Sempena Kemenangan Pakatan Rakyat Dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu )

Pertama-tama marilah kita bersyukur kepada Allah dengan kemenangan yang besar maknanya walaupun pilihanraya kecil kerana saudara-saudara, pengundi-pengundi dan pekerja-kerja pilihanraya, sebenarnya menunaikan satu amanah yang sangat besar kerana perkara politik adalah amanah bagi menentukan masa depan negara kita, menentukan masa depan keturunan kita dimasa depan rakyat

Kuala Terengganu telah mengajar Barisan Nasional yang telah menipu rakyat berpuluh-piuluh tahun supaya rakyat tidak faham amanah yang besar dari pilihanraya, ini umno telah mengajar ilmu salah mengajar politik untuk dapat duit dapat benda, rakyat ditipu berpuluh-puluh tahun.


Kali ini rakyat Terengganu dari semua parti termasuk dari kalangan UMNO sendiri berjaya menunaikan anmanah melalui politik pilihanraya, amalan demokrasi dalam negara lain pilihanraya adalah amanah untuk rakyat menunaikan amanah memilih pemimpin dalam kerajaan.


Hari ini dunia menyaksikan majlis angkat sumpah Presiden baru Obama yang memimpin Amerika Syarikat, seorang yang berketurunan Afrika bukan seorang kulit putih.


Bagaimana rakyat Amerika boleh memilih seorang kulit hitam menjadi presiden mereka kerana mereka menunaikan amanah pilihanraya untuk mengajar Presiden Bush yang melakukakn kesalahan berperang di Iraq berperang di Afghanistan.


Mengacau dunia (dan) membantu Israel mlakukan pembunuhan dimerata-rata tempat sehingga menjahanamkan ekonomi Amerika, mereka mereka sanggup pilih seorang yang bukan kulit putih untuk menjadi presiden melalui pilihanraya.


Di negara kita ini sudah banyak berlaku jenayah politik, jenayah ekonomi yang menghilangkan harta negara yang menjahanamkan tanggungjawab.


Terlalu banyak peristiwa yang boleh menjatuhkan kerajaan, (tapi) oleh kerana rakyat tidak faham walaupun UMNO buat silap, tiap-tiap kali pilihanraya pilih UMNO juga pilih Barisan Nasional juga

Rakyat Kuala Terengganu kali ini telah menunjukkan perubahan yang besar apabila mereka memilih calon parti kita parti yang tidak kaya macam parti mereka, mereka menggunakan jentera yang banyak tapi kalau tuhan nak bagi kalah, kalah juga.


Kemenangan kita bersamaan dengan kemenangan rakyat palestin di Gaza, yang berjaya mengalahkan tentera Israel yang menggunakan senjata-senjata moden, senjata kimia dan pelbagai alat canggih, dengan kekuatan iman dan semangat rakyat opalestine di Gaza berjaya mengalahkan tentera israel yang lebih kuat

Kuala Terengganu cuma diserang dengan duit, diserang dengan projek diserang dengan jumlah polis yang ramai, walaupun ada yang mabuk laut tapi masih ramai yang tidak mabuk yang menolak Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil ini

Kita mengharapkan seluruh rakyat di malaysia sanggup membuat perubahan dan menerima perubahan yang kita buat melalui Pakatan Rakyat yang terdiri daripada berbagai parti-parti politik yang berbeza ideologi.


Berbeza ideologi adalah perkara biasa, Barisan Nasional juga mengandungi komponen parti-parti yang berbagai ragam, mereka memerintah dengan tempoh yang lama.


Mengapa parti yang sudah tidak terkawal lagi hari ini UMNO, MCA, MIC dan Gerakan telah menunjukkan retak menunggu belah.


Pilihanraya kecil Kuala Terengganu membuktikan pakatan kita adalah pakatan yang kukuh pakatan yang lebih kuat walaupun mereka menggembar-gemburkan isu-isu yang belaku di Perak yang berlaku di Kedah.


Isu-isu kerajaan Perak memberi tanah kepada penduduk Kampung Baru Cina sama sahaja dengan kerajaan Terengganu masa kita memerintah dulu memberi tanah kepada penduduk Kampung Baru Cina di Bukit Berangan, di Batu Lima (Dungun), hanya bagi beberapa lot yang sempit yang mereka sudah tinggal disitu berpuluh tahun mereka tak boleh milik, dalam masa yang sama kita memberi tanah kepada orang melayu dan india dan semua kaum yang miskin yang tidak ada tanah.


Mengapa kita tak nampak pulau redang yang beratus ekar diberi kepada vincent tan beribu ekar kawasan balak yang diberi kepada taukeh-taukeh besar jangan kita orang yang lemah dan miskin hilang akal dengan apa yang berlaku didepan kita ?

Pakatan rakyat bersatu diatas matlamat ydan tujuan yang sama untuk menghadapi perkara yang sama dirasai oleh rakyat kezaliman undang-undang, undang-undang yang tidak memberi kebebasan yang sebanar kepada rakyat yang mengawal media yang mengawal rahsia kerajaan walaupun kerajaan buat salah tak boleh dibongkar yang mengingkong pelajar-pelajar universiti undang-undang ISA untuk menyelamatkan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional bukan untuk keselamatan negara undang-undang yang zalim rasanya sama saja sesiapa yang menjadi mangsa undang-undang itu.


Kita memerlukan perubahan badan kehakiman, kita memerlukan perubahan Suruhanjaya Pilihanraya supaya berlaku pilihanraya yang adil ini adalah tuntutan bersama.


Pilihanraya Kuala Terengganu menunjukkan satu anjakan yang dilakukan walaupun sedikit, di zaman Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, oleh kerana itu saya mencadangkan Abdullah jangan letak jawatan, jangan bagi lagi kepada Najib, (kerana Najib) nak jaga Kuala Terengganu pun tak boleh bagaimana nak jaga Malaysia, nanti Barisan Nasional kalah semua!

Biar dia kalah semua, itu yang kita harapkan!

Tetapi kita mahu supaya Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum meletakkan jawatan menunjukkan jasa-jasa yang baik terlebih dahulu, sanggup memulihkan demokrasi membetulkan demokrasi, membetulkan badan kehakiman, membetulkan pentadbiran dengan sebaik-baiknya, tunaikan amanah ini dulu baru behenti.


Kita sanggup bekerjasama kalau beliau sanggup membuat perubahan, tetapi kalau sama tak buat perubahan, sama saja kita lawan !

Marilah kita menjadikan medan Kuala Terengganu satu pengalaman yang sangat baik kita , kekal kita kerja bersama dan bersatu untuk mengalahkan kuasa yang lebih besar dari kita, menunjukkan kalau kita bersatu dan bekerja dan dengan sebaik-baiknya kita boleh menang.


Kemenangan tidak mustahil walaupun ia tidak mudah, semua yang payah kalau kita sabar kita boleh hadapi dengan mencapai kejayaan.

Umpan BN gagal santau pengundi Kuala Terengganu

"Pemberian ini bukan bertujuan memancing undi. Ia telah lama diluluskan, cuma kebetulan diumumkan ketika ini (sewaktu kempen Pilihan raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu)," begitulah lebih kurang hujah 'loyar buruk' beberapa pemimpin BN.

Iklan

Umpan BN gagal santau pengundi Kuala Terengganu Oleh MAT ZAIN MAT ISA

"Pemberian ini bukan bertujuan memancing undi. Ia telah lama diluluskan, cuma kebetulan diumumkan ketika ini (sewaktu kempen Pilihan raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu)," begitulah lebih kurang hujah 'loyar buruk' beberapa pemimpin BN.


Jika anda seorang yang mengikuti dan mengamati perkembangan kempen pilihan raya kecil itu yang baru berakhir Sabtu lalu, tidak munasabah anda terlepas dari mendengar atau membaca ungkapan itu. Ia pertama kali disebut calon BN, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh, lebih seminggu sebelum proses penamaan calon. Beliau mengulas pengumuman peruntukan RM6.1 juta untuk kaum Cina Kuala Terengganu oleh Menteri Besar, Dato' Ahmad Said.


Peruntukan itu tidak termasuk sejumlah lagi untuk beberapa persatuan agama, persatuan ibu bapa dan guru sekolah Cina serta bantuan dana khas sempena Tahun Baru Cina. Meskipun menganggap bantuan itu tanggungjawab kerajaan untuk rakyat, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali, menilainya ada tujuan politik.


Ekoran kenyataan itulah Wan Farid, yang sebelumnya telah diisytiharkan bakal calon BN, menafikan pemberian itu bermotif politik. Beliau malah mendakwa peruntukan tersebut telahpun diluluskan sewaktu Allahyarham Dato' Razali Ismail masih hidup. Ia hanya "kebetulan" tidak sempat disempurnakan Razali. Hujah serupa dipinjam Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, ketika mengulas bidasan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang menyifatkan beberapa projek segera dilaksanakan BN dalam kawasan pilihan raya adalah rasuah politik.


Di antara projek segera dimaksudkan ialah pembinaan jalan raya dan jambatan di beberapa kampung di bawah peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Seperti Wan Farid, Muhammad selaku menteri berkenaan juga mendakwa peruntukan bagi projek-projek tersebut telah lama diluluskan kementeriannya. Cuma "kebetulan" ia dilaksanakan ketika kempen pilihan raya berlangsung.


Bertolak dari situ, "kebetulan" demi "kebetulan" datang silih berganti ke Kuala Terengganu. Hampir tiada kementerian, jabatan kerajaan, agensi mahu pun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang condong kepada BN yang tidak terlibat sepanjang lebih sepuluh hari kempen itu.
Secara "kebetulan" semua mereka sudah lama merancang program masing-masing di Kuala Terengganu barangkali?

Timbalan Menteri Sumber Manusia yang juga Ketua Puteri Umno turun ke Kuala Terengganu menyampaikan cek Socso. Muhammad membahagikan beg dan pakaian sekolah untuk kanak-kanak Tadika Kemas. Menteri Pengajian Tinggi buat program kerjaya di sebuah politeknik di pusat bandaraya itu. Peletakan batu asas Kompleks Psikiatri Hospital Sultanah Nur Zahirah bernilai RM115 juta juga "kebetulan" berlaku di saat itu.


Begitu juga pelancaran Tabung Kecemasan dan Kebajikan Nelayan dengan peruntukan RM1 juta. Pengumuman pakej RM900 juta untuk kontraktor kelas F dan pengundian projek infrastruktur juga dibuat di Kuala Terengganu. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengumumkan peruntukan RM100 juta untuk membina 1,000 rumah kos rendah di Padang Hiliran. Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pun saat itu jugalah bermurah hati menyampaikan set tenunan kepada lebih 200 penenun songket di Terengganu.


Waktu itulah juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyampaikan cek bantuan modal ratusan ribu ringgit untuk pengusaha industri batek, keropok lekor dan tembaga. Jadual lawatan Menteri Pertanian membahagikan bungkusan kueh kepada pengunjung Pasar Tani Padang Hiliran pun "kebetulan" jatuh pada minggu itu. Apa lagi? Nak tukar nama sekolah menengah dan institut pendidikan guru kepada nama Datuk Razali, nak rasmikan UDM Kampus Kota juga ketika itulah. Nak bertemu pelanggan TNB pun Ketua Pegawai Eksekutif turut hadir.


Gotong royong RELA cuci sampah juga melibatkan kehadiran Ketua Pengarahnya. Ahh!! Boleh termuntah rasanya jika disenaraikan kesemua puluhan program "kebetulan" sebegitu. Apa BN ingat rakyat Kuala Terengganu bodoh sangat sehingga tidak dapat memikirkan itu semua? Akhirnya, terbukti hujah 'loyar buruk' BN itu tidak lagi dapat menipu rakyat.


Segala 'umpan' ditabur gagal menyantau pengundi Kuala Terengganu. Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut merampas kerusi dari tangan BN dengan kemenangan bergaya 2,631 undi majoriti, 17 Januari lalu.
- azm _

Mati Dalam Lokap

Misteri Kematian Di Lock up Subang Jaya?

By ASYOK KUMAR


RAMAI yang bertanya Ibnu Hasyim.com mengenai peristiwa di atas. Antaranya peristiwa tersebut disiarkan oleh Berita ‘National Express Malaysia' Wednesday, January 21, 2009 Death in Custody KUGAN A/L ANANTHAN 22 years old boy at Subang Jaya Lock up, seperti berikut:























Brutal murder by the PDRM.

DEATH IN CUSTODY
21/1/09, Wednesday, Family of KUGAN A/L ANANTHAN will lodge police report at IPD Subang Jaya, (Section 8) with S.JAYATHAS Police Watch Malaysia, Lawyer N.Surendran, Kapar MP YB.Manikavasagam and Makkal SAKTHI.
PLEASE COME, PLEASE SMS TO ALL TO COME.

S.JAYATHAS
COORDINATER
POLICE WATCH MALAYSIA

Komen:
Apakah kematian ini suatu misteri? Rakyat Malaysia ingin tahu penjelasan sebenarnya. Sama-sama kita tunggu jawapan lanjut seperti yang dijanjikan oleh pihak berwajib dalam berita tv3 malam tadi... (AK).

Sunday, January 04, 2009

Pilihanraya kecil, medan kempen pemilihan Agung UMNO?

SUNDAY, 04 JANUARY 2009 00:44

KUALA TERENGGANU, 4 Jan - Pilihanraya kecil Kuala Terengganu dijangka akan menjadi tempat kempen untuk pemilihan Agung UMNO pada Mac depan. Ini kerana tokoh-tokoh UMNO yang akan bertanding, masing-masing akan turun berkempen bagi menonjolkan diri mereka.

Saifudin Nasution berkata ketika berceramah di Kg Ladang Mengabang, bahawa hotel-hotel utama di Kuala Terengganu kini akan di dipenuhi oleh VVIP UMNO. Mereka ini ialah calon-calon bagi jawatan tertinggi UMNO dan datang bukan untuk berkempen bertemu pengundi tetapi hanya untuk berkempen pemilihan UMNO yang akan diadakan pada bulan Mac ini.

"Wanita (UMNO) pula buat julung-julung kalinya, pengarah pilihanraya bagi wanita UMNO Malaysia, secara tradisinya ialah Naib Ketua Wanita sepatutnya Shahrizat, tetapi untuk Kuala Terengganu Rafidah sendiri yang akan jadi pengarah," kata beliau.

Ini bukti tindakan Rafidah yang terdesak mengenepikan Shahrizat. Sedangkan Rafidah sendiri pernah berjanji akan menyerahkan jawatan Ketua Wanita kepada timbalannya itu pada tahun ini. Dengan itu, jika UMNO menang pilihanraya ini Rafidah akan mempunyai saham yang tinggi untuk memenangi pemilihan UMNO akan datang.

Menurut beliau, jentera kempen utama UMNO ialah TV3, Berita Harian dan Utusan. Jentera inilah yang akan menyebarkan propaganda yang tidak betul mengenai PAS dan Pakatan Rakyat, sementara pemimpinnya berkempen untuk pemilihan UMNO.

UMNO dilihat masih kurang bersedia untuk menghadapi pilihanraya kecil di Terengganu dengan pelbagai masalah dalaman yang timbul. Ini akibat sengatan tsunami politik yang belum hilang serta ditambah dengan kekalahan besar di pilihanraya kecil Permatang Pauh. Keputusan Pilihanraya ini juga bakal menentukan suasana pemilihan Agung UMNO akan datang serta nasib Najib yang akan menggantikan Pak Lah.

"Walau bagaimanapun, petugas PAS perlu terus bekerja ke arah kemenangan dengan penuh tawakkal dan tidak terpengaruh dengan pakaian UMNO yang semakin terlondeh," ujarnya lagi.


1000 sura ke pintu rumah

SATURDAY, 03 JANUARY 2009 22:17
"kalau tidak kerana bulan,
bintang takkan berseri-seri,
sudah ditakdirkan tuhan,
dapat kita semua ke mari"
Pantun aluan dari pengerusi majlis menceriakan suasana Majlis Mengacau Sura Perdana bersama Dato' Seri Presiden PAS di UPU Sungai Rengas di sini, pagi tadi.
Menurut Ketua UPU Sungai Rengas, Haji Abdul Wahid, majlis yang berlangsung di awal pagi itu melibatkan petugas di ketiga-tiga UPU di bawah Sungai Rengas, iaitu Kubang Tangga, Sungai Rengas dan Pulau Musang.

Turut serta berganding prihatin membantu, petugas dari MTD Bujal yang mengenakan t-shirt putih bertulis "prihatin Bujal 26 hb Mei" turut menarik perhatian.

Ketibaan Dato' Seri Presiden Hadi Awang kira-kira jam 11.30 pagi itu disambut Timbalan Pesuruhjaya Negeri, Ustaz Abu Bakar Chik, Haji Abdul Wahid, Ketua UPU Sungai Rengas dan penduduk sekitar.


Dato' Seri Presiden turut sama mengambil bahagian mengacau sura bersama-sama petugas lain sebelum merasmikan program tersebut.

"Sura yang telah siap dibungkus akan dihantar petugas ke setiap rumah di ketiga-tiga UPU Sungai Rengas, 1000 bungkusan sura akan selesai diserahkan dari rumah ke rumah," tambah Haji Mohammad Sulong selaku pengarah program tersebut.

Sambil menyatakan penghargaan kepada semua petugas yang mula berkerja keras seawal 4 pagi bagi menjayakan program itu, beliau berharap dengan program tersebut dapat mengikat tali persaudaraan tanpa mengira batas agama, kaum dan pegangan politik.








Pencalonan Wahid, PAS menang pusingan pertama

SATURDAY, 03 JANUARY 2009 19:19

KUALA TERENGGANU, 3 Jan - PAS telah dilihat memenangi pusingan pertama apabila mengetengahkan Wahid sebagai calon mewakili PAS dalam pilihanraya kecil di Kuala Terengganu.

Ramai melihat ini suatu pilihan terbaik daripada Presiden PAS setelah melakukan proses istikharah dan istisyarah, seperti yang di anjurkan oleh Rasululullah s.a.w. Melalui penulisan blog, penganalisis politik Mohd Sayuti Omar, pula menganggap pencalonan Abd Wahid sebagai keputusan yang bijaksana oleh Presiden.

Di atas kertas Abd Wahid dijangka menang selesa di DUN Wakaf Mempelam selepas rekod mempertahankan DUN berkenaan 5 penggal berturut-turut. Beliau juga dikenali ramai oleh masyarakat parlimen Kuala Terengganu kerana ketokohan beliau selain masyarakat bukan Islam mempunyai masalah untuk mengundi beliau.

Dari segi strategi, jentera UMNO tidak menyangka pemilihan Abd Wahid dan dijangka sukar untuk menyerang pribadi beliau.

Ketokohan dan kepopularan Abd Wahid juga dilihat mengatasi calon UMNO, Wan Farid yang lebih awal diumumkan. Ini kemungkinan besar akan mendatangkan masalah besar buat jentera UMNO.

Masalah UMNO bertambah apabila Wan Farid dikatakan bukan calon yang terbaik kerana sebelum ini ramai ahli UMNO mahukan Zubir Embong yang menjadi calon.

Seluruh kepimpinan dan ahli PAS dipelbagai peringkat menyokong sepenuhnya keputusan Presiden PAS memilih Abd Wahid Endut.

Saturday, January 03, 2009

Hanya Gula UMNO

SATURDAY, 03 JANUARY 2009 12:01

Kuala Terengganu, 3 Jan - Terengganu merupakan penyumbang hasil ke-2 paling besar kepada negara. Namun, rakyat Terengganu dikhianati UMNO sehingga hasil kekayaan tidak sampai kepada rakyat.Ini terbukti apabila kemiskinan di Terengganu adalah pada tangga ke-2 tertinggi selepas Sabah.


Rakyat Terengganu seharusnya celik dan sedar dengan penipuan UMNO yang hebat memberi janji manis dan momokan pembangunan, hakikatnya kebajikan rakyat langsung tidak terjaga. Tanah rakyat dirampas, rumah yang dibina rakyat sewenang-wenangnya diroboh oleh UMNO. Malah, rakyat Terengganu yang mahu memperjuangkan keadilan pula ditembak dengan peluru hidup dalam kejadian di Batu Burok tahun lepas.


Maka, pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti merupakan medan terbaik bagi rakyat Terengganu untuk membuat perubahan. Ini kerana PAS menjanjikan calon yang terbaik, tanpa rasuah serta berakhlak terpuji yangg mampu membawa suara rakyat ke parlimen.

Pakatan Rakyat Martabatkan Melayu

SATURDAY, 03 JANUARY 2009 11:45

Kuala Terengganu, 3 Jan- Sikap UMNO yang suka menabur janji manis sebelum pilihanraya sepatutnya diambil iktibar oleh rakyat Terengganu untuk membuat perubahan dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari nanti.


"Malah semasa sepenggal pemerintahan PAS dulu, kerajaan pusat yang ambil tindakan menghalang pelabur masuk ke Terengganu.Ini menunjukkan UMNO tak hiraukan rakyat, tapi berlainan dengan PAS yang mendahulukan kebajikan dan kesejahteraan rakyat", ulas Hj Abdul Rahman Yusof,pegawai khas Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis ceramah umum kepada penduduk sekitar Dun Wakaf Mempelam malam tadi. Majlis turut dihadiri oleh Tuan Guru Presiden PAS, Calon PRK P036 Tn Hj Abdul Wahid Endut serta ADUN Bukit Tunggal, Dr Alias Razak.



Mengulas lanjut, 45% daripada undi yang diraih UMNO masa PR ke-12 lepas adalah dari negeri-negeri miskin seperti Sabah, Sarawak dan juga Terengganu. Selepas pemerintahan, masih tiada pembaharuan dibuat terhadap tahap kemiskinan di negeri-negeri tersebut.


Abdul Rahman juga mengingatkan pengundi agar tidak terpengaruh dengan media perdana yang menuduh Pakatan Rakyat akan mengabaikan martabat bangsa Melayu juga Islam. Tambahnya,ini hanya agenda UMNO yang sudah kehabisan isu untuk dipalu dalam PRK Parlimen Kuala Terengganu ini.


" Baru-baru ini, semasa pelancaran Amanah Saham sebanyak 2 billion yang terbuka kepada semua, tak sampai 1 jam semua saham tersebut sudah terjual. Sedangkan, Amanah Saham yang hanya dibuka untuk golongan Bumiputera tak laku. Ini menunjukkan Melayu miskin, tak mampu nak beli saham. Jadi, kat mana kita nak kata yang UMNO tu memartabatkan Melayu?".


Sambungnya, semasa pemerintahan Barisan Nasional di Selangor, tender-tender kerja untuk pembangunan perumahan yang dianugerahkan kepada syarikat-syarikat kecil tidak mampu menguntungkan syarikat tersebut terutama bangsa Melayu. Ini menunjukkan berlakunya korupsi dalam pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu sendiri.
"Jadi, kat mana UMNO memartabatkan bangsa Melayu?".


Isu pembuangan pekerja di syarikat swasta mahupun perkerja kontrak di sektor awam turut merisaukan Pakatan Rakyat. Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah mencadangkan usul tergempar di parlimen untuk membincangkan kesan kemelesetan ekonomi dunia kepada negara juga ditolak oleh Dewan Rakyat di parlimen. Walhal, World Investment Report menunjukkan kadar kemasukan pelaburan ke dalam negara sudah mencapai tahap negatif apabila dibandingkan dengan kadar pelaburan ke luar negara. Ini menunjukkan pelabur sudah mula menarik pelaburan mereka keluar dari Malaysia. Apa usaha kerajaan Barisan Nasional terhadap isu ini? Mereka masih bermanis mulut untuk menipu rakyat dengan menyatakan ekonomi Malaysia tidak terkesan dengan kemelesetan dunia.


UMNO juga jelas menipu dan tiada keselarasan dalam menjawab isu-isu semasa. Sebagai contoh, Datok Wan Farid, calon UMNO di PRK Parlimen Kuala Terengganu menyatakan rasa kesal serta mengecam tindakan Israel yang terus menerus menyerang sasaran pejuang Palestin serta orang awam di Gaza. Namun, bila Pemuda PAS Pusat, YB Salahuddin Ayub yang juga ahli parlimen Kubang Kerian mencadangkan usul tergempar untuk membincangkan isu kekejaman Israel di parlimen, ianya ditolak oleh ahli dewan.


Kesungguhan UMNO untuk memerangi rasuah juga hanya hangat-hangat tahi ayam. Kes-kes rasuah berprofil tinggi hanya didiamkan tanpa siasatan lanjut. Hanya "anak-anak ikan" sahaja yang ditangkap.


Mengakhiri ceramah beliau, Hj Abdul Rahman menyeru rakyat di Kuala Terengganu agar menyokong calon PAS, Tn Hj Abdul Wahid Endut. Hanya dengan Pakatan Rakyat, kebajikan rakyat serta kedaulatan Melayu dan Islam akan terjamin.


Hj Abd Wahid Endut diumum calon PAS

Kuala Terengganu, 1 Jan - Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi bin Awang telah mengumumkan calon PAS yang akan bertanding di pilihanraya kecil Kuala Terengganu ialah Hj Abd Wahid bin Endut. Beliau mengumumkan calon tersebut sebentar tadi di Stadium Kuala Terengganu.

Hj Abd Wahid Endut merupakan Adun di DUN Wakaf Mempelam 4 sesi berturut-turut. Pada pilihanraya yang lepas, beliau menang menewaskan wakil BN Othman Awang di DUN tersebut dengan majoriti 2,193 undi.

Pada pilihanraya kecil kali ini, Hj Abd Wahid Endut akan berhadapan dengan calon BN iaitu Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon Bebas.

Pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu diadakan selepas penyandangnya Datuk Razali Ismail (BN) meninggal dunia. Pada pilihanraya umum ke-12 Datuk Razali menang dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS Mohamad Sabu (31,934 undi) dan calon Bebas, Maimun Yusuf (685 undi).
Lebih 8000 penonton hadir ke Stadium kuala Terengganu malam tadi.

Wahid Calon Yang Sesuai! - Ketua Pemuda PAS Terengganu

Kuala Terengganu, 1 Jan - " Dia memang calon terbaik dan paling sesuai", ulas Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani berkenaan pemilihan Tn Haji Abdul Wahid Endut sebagai calon pilihan raya kecil dun Kuala Terengganu.


Mengulas lanjut, antara faktor pemilihan Wahid adalah pengalaman beliau sebagai exco kerajaan negeri semasa pemerintahan PAS di Terengganu pada penggal 2000-2004. Beliau juga dikenali di kalangan masyarakat sebagai seorang yang komited dalam menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan penglibatan dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Selain itu beliau juga memegang rekod selama 4 penggal berturut-turut menjadi Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Terengganu sejak tahun 1990 hingga kini. Lebih menarik beliau juga merupakan Adun Wakaf Mempelam sejak 1990 hingga sekarang. "Ini memberi jaminan pengundi kita tidak akan hilang malah memenangi pilihanraya ini", sambung Azman.


Seiring dengan pengistiharan calon PRK Dun Kuala Terengganu, Pemuda menjanjikan sokongan penuh kepada calon serta berharap agar jentera pilihan raya bekerja lebih keras bagi mencapai kemenangan dalam pilihan raya ini

Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda Pas Terengganu

uala Terengganu, 2 Jan - Majlis Pelancaran Markaz UPU Losong Dato Amar telah diadakan bertempat di Kampung Losong Dato Amar, di sini hari ini.



Pada majlis tersebut Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah menyampaikan amanatnya dihadapan kira-kira 200 orang pemuda dan muslimat Pas.


Hadirin tetap tidak berganjak dari majlis tersebut meskipun hujan turun mencurah-curah ketika majlis berlangsung untuk mendengar amanat dari tuan guru.


Di dalam ucapannya, tuan guru meyebut bahawa negara kini diperintah oleh parti yang mempunyai kelemahan serta menghadapi masalah yang sangat besar iaitu politik wang. Kenyataan ini menurut tuan guru Abdul Hadi turut diakui sendiri oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.Justeru telah tiba masa untuk UMNO berundur dan rakyat membuat perubahan.


Majlis yang turut menerima kehadiran calon bagi pilihanraya kecil dun Kuala Terengganu itu diakhiri dengan jamuan makan tengahari kepada para hadirin dan tetamu kehormat.

kelab penyokong pemuda pas

kepada semua pemuda-pemuda di negara malaysia....marilah join kelab kami ini.....untuk menjadi pelapis kepada kempimpinan pada masa depan....untuk menggantikan genarasi sekarang....

Template by - Abdul Munir